Kembara Hati Seorang Hamba: February 2011

Wednesday, February 16, 2011

Alamat Kecil Kiamat

Views
Rasullullah SAW banyak memberitakan tentang
alamat kecil dan besar akhir zamantanpa
memberikan masa yang tepat terjadinya peristiwa-
peristiwa akhir zaman ini (kerana masa sebenar itu
rahsia Allah SWT). Sebahagian dari tanda tersebut
mulai berlaku sejurus kewafatan baginda
Rasullullah SWT dan secara berperingkat-
peringkat semakin banyak tanda yang diberitakan
kemudiannya muncul satu demi satu.


Dalam perkiraan dunia hari ini, hampir kesemua
alamat kecil yang berikut (dan banyak lagi) bagi
akhir zaman telahpun menjadi kenyataan dan
antaranya:


-sembahyang diabaikan dan diringan-ringankan.


-tidak ramai umat islam yang. mahu mengamal
 dan menyebarkan agama islam.


-keinginan nafsu syahwat digalakkan. Iklan-iklan,
gambar-gambar serta filem-filem lucah berleluasa.


-penjenayah menjadi pemimpin, kebanyakkannya
jahil tentang agama dan banyak memberi fatwa
yang menyesatkan pengikutnya.


-perkara-perkara yang halal dianggap haram dan
sebaliknya.
berbohong menjadi satu keperluan.


-zakat dianggap beban


-hujan/salji turun tidak pada musimnya serta
tempatnya.


-wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan
dan wanita lebih ramai dari lelaki.


-kawan dan lawan sukar dibezakan.


-masjid-masjid dihiasi, tetapi banyak yang kosong
dan berkunci.


-riba berleluasa, orang yang beramal dengan
agama pun tidak terlepas dari fitnahnya.


-darah manusia menjadi murah, peperangan,
pembunuhan dan jenayah menjadi mainan hidup.
pergaduhan dan peperangan antara umat islam
menjadi-jadi.


-akan datang manusia dari barat mempengaruhi
umat supaya ikut cara mereka.


-ilmu agama tidak diberikan tempat yang
sepatutnya dalam masyarakat (umumnya
masyarakat muslim).


-kebodohan dan kejahilan tentang agama menjadi
semakin jelas dan nyata.


-zina berleluasa serta arak menjadi munuman
biasa bagi umat islam.


-banyak berlaku gempa bumi serta fitnah
berleluasa.


-masa dirasakan begitu cepat.


-orang-orang miskin bermegah-megah dengan
bangunan pencakar langit.


-muzik dan penyanyi wanita bermaharajalela.


-ramai manusia mati secara mendadak.


-kebanyakan berita berupa pembohongan.


-ramai orang muslim yang hanya tahu bercakap
mengenai agama tetapi tidak mengamalkannya.


-umat islam yang beriman merintih melihat
maksiat berlaku sekelilingnya tapi tidak mampu
untuk mencegah kerana sudah terlalu umum.

-ramai yang menjadi pengampu kepada
pemerintah yang zalim.




Alamat-alamat kecil akhir zaman seperti yang
dinyatakan di atas ini hanyalah sebahagian dari
hadith-hadith Rasullullah SAW yang
memperihalkan kejadian-kejadian akhir zaman.
Banyak lagi alamat lain telah terbukti menjadi
perkara yang umum pada masyarakat dunia hari
ini, terutama mulai abad ke-20 Masihi.


Sabda Rasullullah SAW:"Akan tiba masanya
manusia akan mengajak satu sama lain untuk
membinasakan kamu (Umat Islam), sebagaimana
orang mempelawa satu sama lainn untuk
menjamah hidangan makanan (i.e bangsa-bangsa
akan memujuk dan mengajak yang lain untuk
bergabung bagi menghancurkan umat Islam
dengan apa cara sekalipun). Seorang Sahabat
bertanya:'Apakah disebabkan bilangan kami
sedikit pada masa itu ya Rasullullah?' Baginda
menjawab:'Bahkan bilangan kamu diwaktu itu
adalah ramai tetapi kamu diibarat buih diatas air
ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada
musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati
kamu satu penyakit Al-Wahn. Seorang sahabat
bertanya pula:' Ya Rasullullah, apakan dia Al-
Wahn itu?' Jawab Rasullullah 'Cinta dunia dan
takut mati'.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, February 13, 2011

Luasnya Neraka...!!

Views
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang
kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api
neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka
Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu
terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu
tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga
hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar
lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya
kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg
disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang
di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat
dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,
setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak
perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali
ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar
keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di
pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw
bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar
kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan
orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada
Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungilautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.

Wallahua'lam.

Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
telah Kamiturunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk
hidayat, sesudahKami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci,
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian
makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat.."

- ya allah aku x layak masuk syurga mu..tp aku x
sanggup masuk neraka mu-
so pilihan di tangan kiter 
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Atuk Kata....

Views
ORANG KATA.. enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah.
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
ANA RASA.. betul jugak tu..


ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA.. exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal..entah bila siapapun tak tahu, byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
ANA RASA.. betul jugak tu..


ORANG KATA.. have fun o­n your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable o­ne!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
ANA RASA.. betul jugak tu..


ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
ANA RASA.. betul jugak tu..


ORANG KATA.. successful people have a good time management, ada bisnes di KL, new york, tokyo.. masih sempat berkempen utk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi.. ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk/telefon ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, February 12, 2011

BACALAH!!!

Views
Wahai Muslimin dan Muslimat...BERINGATLAH!!
Hari qiamat sudah semakin hampir..... tanda-tanda
qiamat sudah banyak
berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang
besar. Tetapi masih ramai
di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini
tidak lain kerana
kita
sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi
Muhammad SAW. Yg dilihat
hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg
6....tidak lebih daripada
itu.






Wahai Muslimin Muslimat !!
Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?!
Sudahkah kalian melihat
berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua
salurannya)? Tidak
takutkah kalian dengan apa yang sedang
berlaku?? Sepatutnya kita
sebagai
Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang
berlaku kerana Rasulullah
SAW telah pun memberitahu kpd kita secara
detail apa yang nak berlaku
di
akhir zaman sebelum hari qiamat.... Cuma kita
yang tak mahu membaca
hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!! Dabik dada
saja mengaku sebagai Muslim,
tapi HAMPEH...




Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan
lebih 1400 tahun ini
dan
buatlah persiapan untuknya...
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG
SEKELIP MATA.




Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku
yang akan meminum arak
dan
mereka menamakannya dengan nama yang lain
(bukan arak). (Mereka
meminumnya)
sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara
artis-artis. Allah SWT
akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi
(dengan gempa bumi) dan akan
menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah
mati)".


(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)


Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah
hampirnya hari Qiamat itu,
berlaku banyak kematian manusia secara
mendadak" (Hadis riwayat
Thabrani)




Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"
 (Hadis Riwayat Bukhari)




Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat
menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
(Hadis riwayat Ahmad)




Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka
BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:


1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).




Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti
angin merah atau GEMPA
BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi
makhluk lain"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)






Wahai Muslimin Muslimat.... APA LAGI YG ANDA
TUNGGU??!! BERINGATLAH!!
KEMBALILAH KEPADA ISLAM....JANGAN LAGI
NAK BERDOLAK-DALIH!
Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap
ALLAH!! Sedarlah diri kalian!!
Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak bertaubat??
Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI, TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri??
Adakah anda tahu bila anda akan MATI??
Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup sehingga ke akhir hari ini??




Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT.
Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka
sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar dalam,
baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka), BERTAUBATLAH!!
TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!


HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!
Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!
Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan.
Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH...apa yang kalian dah buat??




Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM?
Mengaku saja diri kalian sebagai Muslim....memang muka tak malu!!




Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI
MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK MENDAULATKAN
UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM??
Sampai bila anda nak TUNGGU??
DI MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR??
Sampai hati kalian biarkan RAKYAT TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!!
Sampai hati kalian biarkan RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!!
Apa yang kalian dah buat??!!




Bagi para Muslimin...DI MANAKAH SOLAT
BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID, SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH....
Adakahkalian masih terus nak jadi MUSLIM
yang TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI??




Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu....
DIDIKLAH ANAK-ANAK KALIAN!!
Kalian diberi amanah untuk menjaga danmendidik, BUKAN SEKADAR
MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!!
Jadikanlah mereka sebagai anak yang
SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama,
KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH
pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar
menghantar mereka ke sekolah agama.
Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.




TOLONG, TOLONG & TOLONG SEBARKAN..
PENDAPAT SAYA YG X ALIM SGT AGAMA NIH --


DR BERITA YG KITA DGR, BACA, TONTON....




SUDUT BUMI (TERUTAMA D TMPT KEJADIAN,SUMATERA)...
TELAH 'LARI' SEBANYAK 20-40 METER...
KE ARAH SELATAN...
TIDAKKAH KITA SEDAR...
ITU MERUPAKAN PETUNJUK....
YG ARAH KIBLAT AKAN BERUBAH...
DAH AKHIRNYA KITA SMBYG 'TERBALIK
ARAH ' DARI SEKARANG...
MATAHARI AKAN TERBIT DARI ARAH YG LAIN...
SO, NI BUKAN TANDA2 BESAR KIAMAT DI
AKHIR ZAMAN?
SEMPATKAH KITA BERTAUBAT?
DITERIMAKAH ALLAH TAUBAT 'LAST MINUTE'
KITA YG AMAT JAHIL NI?
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, February 7, 2011

Ku ingin Meraihmu

Views
Aku hanyalah manusia biasa
Aku bukanlah manusia yang memiliki harta yang melimpah
Aku bukanlah manusia yang memiliki kedudukan yang tinggi
Aku bukanlah manusia yang berilmu luas
Tapi aku hanyalah manusia biasa

Aku hanyalah orang biasa
Yang mencoba mencari ilmu
Yang berusaha menjadi terbaik bagi diriku
Dan berusaha berguna bagi orang lain

Ya Allah....
Engkau memberikan kesempatan yang luar biasa
Kepada manusia yang ingin mendekatkan diri padaMu
Yang tak dapat dibeli dengan harta
Yang tak dapat diangkat dengan tahta
Yang tak dapat diraih dengan garis nasab saja

Derajat Taqwa ...
Ku coba merengkuhnya dengan belajar dari siapa, kapan dan dimana saja
Ku coba mendapatkannya dengan ikhlash dalam tiap langkah dan ibadah
Ku coba meraihnya dengan menghidupkan hati..., berbagi kepada sesama
Ku coba menggapainya dengan mengamalkan Alquran dan Sunnah

Dengan kesempatan itu ... Kunyalakan kembali lilin harapanku
Dengan kesempatan itu ... Kusiapkan generasi yang lebih baik dariku
Dengan kesempatan itu ... Ku berharap semakin dekat dengan-Mu
Dengan kesempatan itu ... Aku senantiasa kuat dalam gelisah dan resahku

Ya Allah...aku cinta pada-Mu...

Kuatkan hati ini dengan cinta,
Jernihkan jiwa ini dengan kerinduan,
Zahirkan perbuatan ini dengan ketaatan,
Bentengkan nafsu ini pada ketakutan...
Pada Mu, ya Ilahi.

Teguhkanlah iman ku,
Bimbinglah ilmu ku,
Mudahkan lah urusanku,
Dalam menghadapi ujian-Mu,ya Allah...
Tiada daya upaya melainkan dengan izin-Mu...
Bukakanlah hijab yang menghalangi,
dalam mengenali..makrifah pada Mu, ya Allah...
Agar diri ini..
Mencapai derajat taqwa, cinta dariMu...

Oleh Mu,diri ini hidup...
Oleh Mu,diri ini mendengar..
Oleh Mu,diri ini melihat..
Oleh Mu,diri ini bicara..
Oleh Mu,diri ini melangkah..
Supaya wajah ini dapat menghadap wajah redha Mu..
Tuhan bagi segala keindahan...
Segala puji bagi-Mu,ya Allah...
Harumkan lah cinta ini mewangi
Di sepanjang kehidupan fana ku...

Aku rindu..aku mengharap pertemuan dengan Mu,
Bersama dengan keredhaan Mu...


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, February 6, 2011

Andai Nanti Cinta Itu Hadir Untukku…

Views




Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU terlebih dahulu,
Biar rasa cintaku padaMU tetap seperti dulu…

Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Jangan biarkan cinta itu melebihi cintaku padaMU,
Hingga aku lalai dari mencintaiMU…

Ya ALLAH...
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Biarlah cinta yang berhak bagiku,
Cinta yang halal pada pandanganMU…

Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Khusyukkan aku dalam solatku,
Tenangkan hatiku dalam ibadahku,
Kerana fitrah insaniku telah ENGKAU sempurnakan untukku…

Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Biarlah pengaduan atas deritaku,
Rasa syukur atas kebahagiaanku,
Hanya kupanjatkan kepadaMU terlebih dahulu,
Kerana aku yakin ENGKAU lebih memahamiku…

Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Kurniakan aku seseorang yang hatinya penuh kasih saying kepadaMU,
Biar aku cinta padanya kerana aku kagum padaMU..

Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Kurniakanlah insan yang ENGKAU cintai untukku…

Amin….. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul