Kembara Hati Seorang Hamba: April 2011

Wednesday, April 27, 2011

PANTUN MALAS SEMBAHYANG

Views




Apasal la aku malas sembahyang, 
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang 
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang 
Berdiri tanpa roh malam siang... 

Apasal la aku malas sembahyang 
Kerja dah best keluarga pun dah senang 
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang 
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.. 

Apasal la aku malas sembahyang 
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang, 
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang 
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang... 

Apasal la aku malas sembahyang 
Main bola aku sanggup sampai petang 
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang 
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...? 

Apasal la aku malas sembahyang 
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang 
Pagi kita sihat petang boleh kejang 
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang.... 

Apasal la aku malas sembahyang 
Seksa neraka cuba la aku bayang 
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang 
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!! 
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, April 26, 2011

.::KASIHMU IBU::.

Views




Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga...
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali- kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan
tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu- satunya wanita paling
cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah : SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,
'love u mom' 'HAYATILAH KRISTAL KITA'.....i love u mom...no one can replace ur love.... 
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, April 25, 2011

Hai wanita,kasihilah mereka

Views
Assalamualaikum,
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.




KEDUA - SUAMINYA
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.




KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.




KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita.
 Wallahua'lam



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, April 23, 2011

5 cara pilih sahabat

Views
Assalamualaikum (^_^)


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau
ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat
dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, April 21, 2011

Allahuakbar

Views
Assalamualaikum..



Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya…
di mana aku berada?
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada halatuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya..

aku lebih memikirkan
kelaparan, kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan
jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya…

aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat
yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku


Maghribnya …
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik
tabirnya mencari sisa-sisa
keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat ruginya
bertingkat- tingkat

siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya…

kerana masanya yang
panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut
biru bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan
sujud ku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid
menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang  di sini

 jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing pada mentari
dan juga bintang-bintang.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

VALUE OF TIME

Views
Assalamualaikum...
asyik2 ana kongsi entry dlm BM je kan... kesian kwn2 kat luar negara.. xfaham ape2( perasan konon) hehe.. nda apa bah,, kali ni ana nak berspeaking.. hehe...

....................................................................................................................................................................



to realise the value of one year,
ask the student who has failed his exam...

to realise the value of one month,
ask the mother who has given birth to a premature baby...

to realise the value of one week,
ask a editor of a weekly...

to realise the value of one day,
ask the daily-wage earner..

to realise the value of one hour,
ask the lover's who are waiting to meet...

to realise the value of one minute,
ask the traveller who has missed the train...

to realise the value of one second,
ask the person who has survived an accident...

to realise the value of one millisecond,
ask the athlete who has won the silver medal in an olympics race...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, April 19, 2011

BICARA BIDADARI BERWAJAH MANUSIA

Views
Title: Bicara bidadari berwajah manusia.
By: Anak Perantau







Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."


Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? 





Wallahu'alam.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, April 17, 2011

.::Daripada Seman::.

Views
Salam kasih sayang buat sahabat tercinta.
Ana xda apa2 idea nk bt perkongsian.. ana amik entry drpd note facebook ana.. sebab mgkn sahabat2 blogger xtau facebook ana.. jd baca la entry ni ye..(^_^)
................................................................................................................................................................

Umpama rusa di dalam almari. Begitulah tamsilan tentang apa yang berlaku pada segelintir muslimah masa kini terutama yang tidak suka memakan roti canai. Sekalipun mereka malu untuk memakai jam dinding di kaki, namun mereka tetap tidak malu mendedahkan aurat di khalayak ramai. Entah fesyen apa yang diperagakan oleh mereka sekarang. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa seterika yang tidak ditutup suisnya boleh menyebabkan kebakaran walau tidak meningkatkan kesesakan lalu lintas.

Tidak salah menggunakan sampan tanpa pendayung sekiranya kita menaiki bot laju selaju 40 batu nautika sejam. Namun, sepatutnya para muslimah ingat pesan seekor sang kancil betina: "Aurat perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan tangan. Pakaian pula tidak menampakkan bentuk tubuh dan tidak terlalu ketat, melainkan jika anda ingin membungkus karipap, perlu ketat-ketat, biar fit, agar tidak menjejaskan industri Proton di ambang 2015 nanti." Walaupun sang kancil itu sendiri tidak memakai pakaian, namun sekurang-kurangnya dia tidak minum sambil berlari.

Yang Seman peliknya, sehingga pernah tercekik ketika makan pulut, ialah sewaktu di sekolah, mereka boleh memakai tudung dan memakai stokin. Menutup seluruh tubuh, kecuali dua muka dan tangan, tapi setelah pulang dari sekolah, mereka tidak dapat menutup aurat dengan tudung saji sehingga dihinggapi lalat. Tidak pernahkah terlintas di fikiran mereka bahawa chewing gum yang dibuang merata-rata tempat itu amat susah dibuang bila terpijak oleh kasut. Senaman muka senaman muka jugak, tapi ingat la pada tapak kasut orang lain yang terpijak tu nanti. Susah nak buang wuuu!

Di sebalik tabir penerbitan filem pula, ada satu lagi adegan yang tidak wajar dilakukan tapi sering mendapat tempat pertama carta Era. Seman selalu saja fikirkan, mengapakah muslimah mudi ini suka sangat menyinsing lengan baju sewaktu keluar dari sekolah? Adakah kerana suhu panas di Malaysia ini membuatkan mereka lebih suka kepanasan api neraka yang membakar lengan mereka yang terdedah itu di akhirat nanti? Adakah kerana tidak pernah menaiki kereta lembu, lengan baju mesti dilipat? Pelik sungguh perangai ini. Adakah kerana bumi ini tidak cukup gas nitrogen atau susu vitagen? Jawab... jawab!

Ingatlah sahabatku, mimpi dikejar harimau bukan alasan untuk buka aurat. Tapi sekarang senario berubah. Kalau tak percaya, kita boleh tengok senario yang berlaku , setiap hari Rabu jam 9 malam di TV 3. Yang paling menaikkan air sirap dalam diri Seman, ada yang tergamak pakai baju yang nampak pusat dan perut. Mereka cuba meniru pusat membeli-belah The Store kerana menawarkan jualan murah! Tapi mereka lelong. Tidakkah ini meningkatkan lagi kepupusan udang galah dan siput? Bukankah siput itu kalau di masak gulai boleh disedut isinya? Seman pernah makan siput gulai lemak daun kadok. Menyelerakan!

Tengoklah, di bandar-bandar, apa yang berlaku? Kes mencuri lembu pun tidak dapat menandingi kes buka aurat. Bukankah buka aurat adalah salah satu maksiat yang menunjukkan penderhakaan kita kepada Maha Pencipta? Yang sedihnya, gadis Muslimahlah yang menjadi mangsa pereka fesyen barat yang jahat dan penuh muslihat. Walaupun mereka tidak pernah berchatting IRC, namun pernah mencuba keenakan nasi gulai kawah dan nasi ulam dengan harga RM24 untuk tiga orang makan. Jadi buat apa kita ikut mereka. Itu semua jarum untuk menyuntik virus SARS ke dalam diri kita semua. Seman tahu, ini mesti tiru pakaian artis pujaan. Fesyen semasa katakan..emmm.... tak habis-habis dengan artis…rasa nak makan nasi kuah kari dengan ayam goreng je bila Seman dengar.

Menggunakan cermin mata yang pecah amat membahayakan anak mata. Justeru, apa nak glamournya tiru pakaian artis. Kalau tutup aurat tak mengapalah kan. Ini tidak, dedah sana sini, dari Jepun ke Amerika, di Hong Kong dan Malaysia. Lebih baik memasang air-cond sambil memelihara kucing atau pun paling kurang melihat cerita kartun Doraemon dan Sin Chan.

Sahabatku, kita orang Islam ada cara kita sendiri. Bukan macam orang barat yang tak bertamadun dan artis yang tidak pernah memproses keropok secara tradisional. Islam telah gariskan dengan pembaris cara berpakaian. Pakailah macam mana sekalipun, tapi biarlah kena dengan syarak. Bukan tak boleh berfesyen, malah kalau kena cara lebih cantik dan anggun daripada mereka yang dedah aurat sana sini. Seorang lelaki mata keranjang yang sedang melepak di stesen bas pernah mengaku jujur, "Perempuan yang bukak aurat mata saya suka tengok, tapi hati saya benci. Perempuan yang tutup aurat, bertudung, dan penuh kesopanan, mata dan hati saya suka, penyejuk di mata... penawar di hati..."

Tidak ada apa pada glamour dengan mendedah aurat. Jika diri kita lebih bernilai pam angin tayar yang terdapat di stesen minyak Petronas, pasti kita akan jaga dan letakkannya di tempat yang baik.

Tolonglah sampaikan amanat Seman ini pada sahabat-sahabat lain. Siapakah yang membunuh berjuta-juta rakyat Iraq? Siapakah yang mengebom Afghanistan? Siapakah yang membunuh adik-adik comel di Palestin? Siapakah membunuh ibu tua, menghancurkan rumah di Baitul Maqdis? Jiran anda yang baik hati itu? Tentu bukan! Siapakah orang yang mendapat berjuta-juta royalti hasil jualan burger berjenama McDonald dan KFC? Juga air Coca Cola dan Pepsi? Abang ipar sepupu anda? Bukan. Mereka tentu asalnya sama. Daripada Amerika, berlatarbelakangkan Yahudi! Jom boikot Amerika! Jangan makan di bawah jambatan!

Jagalah diri baik-baik, kerana seandainya dunia ini boleh berkata-kata, seluruh kura-kura dan penyu di dunia ini bersepakat menyokong usaha Seman membanteras gejala buka aurat. Kura-kura dan penyu tidak pernah membuka auratnya di khalayak ramai.... tapi tetap glamour! Kenapa... tak percaya..?

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, April 16, 2011

.::Award::.

Views
Assalamualikum...
Apa khbr semua?? sihat ye?? alhamdulillah... Ana harap sihat je ye.. kali ni ana belum ada apa2 entry nk dkongsikan lg tp ana nak bg hadiah.. org putih kata "award".. award ni khas tuk follower ana yang ke-100.. xsangka pula blog yg seba kekurgan ni ada follower yg mencecah 100.. syukran.. syukran...

Award ni khas untuk sahabat kita yg bernama Ainna.. Blognye " saya A.I.N.N.A!...
Anda sgguh bertuah... tahniah... terima lah award ni.. ikhlas drpd ana...(^_^)


Photobucket
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, April 13, 2011

Dua Kalimah Syahadat

Views

Assalamualaikum semua..Baru-baru ini seorang sahabat kita pun pergi ke
sebuah masjid di shah alam ini untuk mendengar sebuah ceramah agama.
Ceramah itu telah pun disampaikan oleh seorang doktor yang alim lagi waraq'.
Pada mulanya ceramah ini berasa agak kurang menarik kerana dia
beranggapan bahawa ia lari dari tajuk tetapi setelah agak lama di sana barulah dia
dapat menghayati pengisian ceramah beliau. Jemaah masjid pun semakin memenuhi
ruang masjid. Para ibu pun tidak ketinggalan untuk menyertainya.

            Begini ceritanya..

Pada suatu malam kira-kira dalam jam 3.00pagi, doktor ini telah pun
dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Kebisingan bunyi telefon itu
telah membuatkan doktor ini bangun lalu menjawap panggilan terseebut.ternyata
ia dibuat dari hospital dari tempat di bekerja. Nurse itu memberitahu
bahawa ada satu kes kemalangan telah berlakudan mangsa sekarang telah pun
berada di unit kecemasan dan dia benar-benar memerlukan khidmat beliau sekarang
ini juga. Apabila telah sampai di hospital,doktor itu mendapati mangsa
adalah sorang remaja dalam lingkungan 18 tahun dan berbangsa melayu. Keadaan
dia amat tenat sekali dan harapan adalah 40-60. tulang pehanya patah,
tulangnya telah terkeluar, tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yang teruk di
kepala dan kaki. Namun doktor ini berusaha untuk memasukkan botol darah
yang baru untuk tujuan penggantian,namun ia hanya dapat bertahan hanya
sementara sahaja. Ketika itu keadaan di tidak stabil dan tidak sedarkan diri.
Sebelum itu dia telah  muntah dengan banyak dan baunya amat busuk sekali.

Setelah beberapa ketika,remaja terbabit mula membuka mata dan
keadaan nya masih lagi dalam keadaan mabuk. Namun doktor ini segera
mendapatkan dia lalu mula bertanyakan beberapa keadaan untuk memastikan
keadaan kepalanya.

Doktor: dimana awak sekarang?

Remaja: saya rasa di kandang lembu*

Doktor:okey tak pe..( lantas doktor itu terus memberikan  satu
tuntikan penenang untuk dia berehat.) namun setelah beberapa ketika
remaja itu kembali membuka mata dan doktor itu sekali lagi mengajukan soalan
yang sama kepada dia.

Doktor: dimanakah awak berada sekarang?

Remaja: saya rasa di kandang kuda..

Doktor itu terus bertanya lagi danlagi agar dapat memulihkan  keadaannya.
Setelah agak lama bertanya,barulah dia mengetahui yang remaja terbabit
telah meminum arak sebelum berlumba. Dia berlumba dengan rakan-rakannya pada
kelajuaan 180km/j. cukup dengan hanya sebuah motor kriss. Patutla dia  muntah
tadi..!! bisik doktor itu.. remaja terbabit mendapat kemalangan apabila
motorsikalnya tak dapat dikawal lagi kerana terlalu laju lalu melanggar
sebuah tembok batu. Keadaan motorsikalnya amat teruk sehingga
terputus-2.
sebelum kelangan itu berlaku,dia telah pun melanggar seorang warga tua
yang berusia 80 tahun dan orang tua  itu telah pun meninggal di tempat
kejadian..
sungguh menyedihkan.. apabila mendengar berita iu dari doktor
berkenaan,remaja itu pun menangis teresak-esak dan benar-benar menyesal
diatas apa yang telah dibuatnya*

Lantas doktor itu bertanya lagi..adakah kamu pernah bersolat sebelum
ini.?
Lalu dia menjawab yang dia tak pernah solat sejak baligh..masya'Allah.
doktor itu tahu yang sekarang ini "time is running out" so dia mesti
berbuat sesuatu sebelum remaja itu pergi mengadap Allah s.w.t yang maha kuasa
tanpa sebarang bekalan..iman*

Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja terbabit untuk mengucap tetapi
gagal..

Jam sekarang menunjukkan pukul 5.56 pagi. Tiba-tiba kedengaran azan
subuh sayup-sayup kedengaran. lantas doktor itu mengajak remaja itu untuk
solat subuh buat kali yang pertama sejak baligh. Lantas dengan bantuan doktor
dan jururawat, remaja berkenaan dapat mengambil wuduk secara ala kadar je.
Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dengan menggunakan isyarat
mata sahaja. Dan dari situ doktor itu dapat melihat betapa ikhlas dan
insafnya remaja itu untuk bertaubat. Ketika itu juga iar matanya tak putus-putus
mengalir. Sebelum itu remaja itu sering kali bertanya kepada doktor,
adakah taubat saya di terima Allah?..dengan nada yang sebak*

Setelah solat keadaan nya masih lagi kritikal. Sujurus kemudian kedua
ibubapanya yang telah bercerai datang. Tiba-tiba remaja itu terus
menyalahkan kedua ibu bapanya kerana kerana merekalah dia jadi begini..
so dengan izin Allah s.w.t kedua orang tuanya pun terus mendirikan solat
yang mana tak didirikan sebelum ini.. Maha Suci Allah.. Allah Maha Kuasa*..
setelah selasai bersolat, doktor itu pun memberitahu kepada kedua orang
tuanya yang anak mereka akan pergi bila-bila masa sahaja. Dengan itu si
ibu pun mendekatkan mulutnya ke telinga remaja itu lalu cuba mengajar dia
mengucap kalimah shahadah. Tetapi malang sekali dia tak dapat berbuat
demikian.. ini kerana masih ada lagi arak dalam badannya. Nabi s.a.w
telah bersabda yang mana tak sempurnalah iman seseorang  selama 40 hari jika
ada arak dalam badan seseorang. Lalu doktor itu pun berkata kepada remaja
terbabit yang jika kamu mahu benar-benar bertaubat dengan sebenar
taubat insya'Allah Allah akan mengampuni kamu. Remaja itu terus menangis.

Dalam lebih kurang jam 6.45 pagi, remaja itu telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir. Setelah disahkan kematiannya ,kemudian mayatnya telah
dibawa ke bilik mayat dan doktor itu mengikutnya. Maha Suci Allah, berlaku
satu lagi keajaiban. Lebih kurang ½ jam berlalu tiba-tiba doktor itu tadi
terdengar satu suara yang amat dikenalinya -suara remaja itu tadi. Dia
telah dapat  mengucap 2 kalimah shahadah. Doktor itu terperanjat dan
terus mengalirkan air mata*..

sama-samala kita mengambil pengajaran dan iktibar dari apa  yang berlaku..

Nabi s.a.w telah bersabda: Barangsiapa dapat mengucap dua kalimah
shahadah di akhir kalamnya, maka wajib syurga baginya.. sama-samalah kita
mengambil sedikit pengajaran dari apa yang telah berlaku pada kawan kita..

Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah
juga tapi atas kelemahan saya.. Wasslam..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

.::SURAT SAYANG DARI ALLAH SWT::.

Views


Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu  dan      
berharap engkau akan berbicara  kepada KU, walaupun  
hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau  bersyukur
kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang  terjadi   dalam hidupmu                               
hari ini atau kemarin  .....           

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk  mempersiapkan                                              
 diri untuk pergi bekerja  ......                     
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,                                                        
 AKU  tahu akan ada  sedikit waktu bagimu untuk berhenti  dan menyapaKU,
tetapi engkau terlalu sibuk  .........                 

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama   
lima  belas minit tanpa melakukan apapun.                                                          
  Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu.                                           
  AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU                                                                  
 tetapi engkau berlari ke telefon  dan menghubungi seorang teman
untuk  mendengarkan  khabar terbaru.                          

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU    
menanti dengan sabar sepanjang hari.
Dengan semua  kegiatanmu
AKU berfikir engkau terlalu  sibuk  mengucapkan sesuatu kepadaKU.                        

Sebelum makan siang AKU melihatmu  memandang         
sekeliling,  mungkin engkau merasa malu untuk         
berbicara kepadaKU,
itulah sebabnya mengapa  engkau tidak menundukkan  kepalamu.                                
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan 
melihat  beberapa temanmu berbicara dan menyebut     
namaKU  dengan lembut sebelum menyantap reziki  yang AKU                                    
 berikan, tetapi engkau tidak melakukannya .......    
masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau  akan                                    
  berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau  pulang     
ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak  hal yang harus kau  kerjakan.                                                       
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan  TV,      
engkau menghabiskan banyak waktu  setiap  hari di depannya,                                         
 tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara  yg ditampilkan.                      
 Kembali AKU menanti dengan sabar saat  
engkau  menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau  tidak
berbicara kepadaKU ........       

Saat tidur, KU fikir kau merasa terlalu  lelah.      
Setelah mengucapkan selamat malam  kepada keluargamu,
kau melompat ke tempat tidur dan tertidur  tanpa sepatah pun  namaKU,
kau sebut. Engkau menyedari baahwa AKU selalu hadir untukmu.                                       

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. 
AKU bahkan  ingin mengajarkan bagaimana bersabar     
terhadap  orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap
hari AKU menantikan sepatah  kata, do'a, fikiran atau syukur dari  hatimu.                          
Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan    
kembali  AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari  
ini  kau akan memberiku sedikit waktu untuk  menyapaKU        
.......
Tapi yang  KU tunggu .......
tak kunjung tiba ......
tak juga kau
menyapaKU.                                       

Subuh ........ Dzuhur ....... Asar  ..........     
Magrib ......... Isya dan  Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU .....  
tak ada sepatah  kata, tak ada seucap do'a, dan tak  
ada rasa, tak ada  harapan dan keinginan untuk  bersujud  kepadaKU
.........                                  

Apa salahKU padamu ...... wahai  hambaKU?????        
Rezeki yang KU  limpahkan, kesihatan yang KU berikan, 
harta yang KU relakan,  makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang  
KUrahmatkan, apakah  hal itu tidak membuatmu ingat   
kepadaKU   ...........!!!!!!!                        

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap     
berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon 
perlindungan  KU, bersujud menghadap KU ...... Yang  
selalu menyertaimu setiap  saat  .......              


Note: apakah kita memiliki cukup waktu  untuk mengirimkan  surat ini kepada orang2  yang  kita sayangi???
Untuk  mengingatkan mereka bahwa segala apapun yang kita terima  hingga saat  ini,
datangnya hanya dari ALLAH semata 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, April 12, 2011

.::Kisah 3 sekawan::.

Views
Assalamualaikum.. 
Bertemu sekali lagi.. Ana nak kongsi crita ni.. menarik.. lucu ada... pengajaran pun ada.. Ana dapat crita ni dr note seorg sahabat 1 course ana.. moga2 para pembaca enjoy ye..:)




Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak.. Sorang tu nama dia MEON, sorang tu DOGO dan sorang lagi SAMAT.. Aktiviti seharian dorg ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah mereka ni. 

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau pd waktu Maghrib.

Si MEON pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. 

Tok imam pun suruh MEON azan. Tanpa berlengah terus je MEON  azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada MEON dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah la kejahilan MEON.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi... 

Masuk je kali ketiga, DOGO panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

DOGO pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si DOGO ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat DOGO. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si SAMAT jadi imam. Si SAMAT pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid-wiridnya sekali. Punyalah respect tok imam kat si SAMAT niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si SAMAT ni... Tapi dgn bongkaknye si SAMAT berkata, 

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." 

mengucap panjang Tok imam....... nasib baik takde sakit jantung... sekian...:)


P/S: jangan main2 dalam solat ye.. solat tu tiang agama.. kalau rumah takde tiang canne la???? :D

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

.::Insan Bernama Adie::.

Views
Assalamualaikum...
Ana xtau nak kongsi apa pula kali ni.. ana nak mnta keizinan dgn shabat2 sekalian untuk ana masukkn entry cerpen..  sebelum ni cerpen ni ana post kt facebook ana.. tp kali ni ana nk post kt blog pl.. semoga shabat dpt baca dgn tnang ye,, wallahualam...






"Adie...!!...adie..!!!

Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu saja di pukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat. Adatlah, kanak-kanak memanglah begitu.

Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain.

"Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Azman, teman sekelasnya.
"Tak naklah. Kita penat,"jawabnya acuh tak acuh sambil menggeleng.
"Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat. Pelan-pelan pun boleh saja," pujuk Azman.
"Tak mau lah. Awak pegilah. Kita tengok saja," jawabnya lagi.

Akhirnya Azman mengalah dan berlari ke arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka.

"Adie!" tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam rumah.

Segara dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak pinggang di depannya.

"Kau dah buat kerja sekolah belum?" tanya ayah.
"Hari ni tak ada kerja sekolah," jawabnya perlahan.
"Habis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar" herdik ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya. "Yang berdiri terkebil tu Kenapa. Pergi baca buku," herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya.

Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi cengkungnya. Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan. Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggup lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah.

Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darah kata nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya.

Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama. Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalah dapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul. Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari ini dia ke sekolah seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke bilik darjah.

"Adie! Tunggu kita," jerit suara kecil dari belakang.

Azman berlari terkedek-kedek mengejarnya. Adie hanya tersenyum kecil memandang Azman.

"Awak nak datang kat rumah kita tak nanti lepas sekolah?" tanya Azman sambil mereka berjalan seiringan menuju kebilik darjah.
"Boleh ke? Mak dengan ayah awak tak marah ke?" tanyanya ragu-ragu.
"Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik," jawab Azman sambil tersengeh.

Azman memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Adie suka berkawan dengan Azman. Azman baik. Selepas sekolah Adie
ke rumah Azman. Emak Azman tersenyum mesra semasa mereka sampai.

"Marilah makan dulu Adie. Lepas makan baru belajar," pelawa Emak Azman sambil tersenyum. Adie hanya tersenyum malu.
Baiknya emak Azman. Kalau mama Adie masih hidup tentu mama pun baik macam ni. Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal belacan, ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak Azman masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Adie.

"Makan banyak-banyak sikit Adie. Kamu tu kurus sangat," kata emak Azman sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Adie hanya mengangguk malu.
"Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi macam si Azman ni ha, tembam" usik ayah Azman pula.

Azman hanya menjelir lidah pada ayahnya. Ketawa berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu dengannya. Untung Azman dapat keluarga yang baik. Bila terkenangkan ayahnya Adie mula terasa sedih. Air matanya di tahan. Malulah kalau menangis ada depan orang. Adie dan Azman belajar bersama. Ayah Azman telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Azman sibuk menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka.

Adie menerangkan kepada Azman beberapa masalah matematik. Adie sememangnya lebih pandai dari Azman. Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali diajar sudah tentu difahami dan dihafalnya. Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke jam 4 petang. Adie panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah. Segera dia mengemas buku-bukunya. Adie bergegas pulang. Berlari-lari anak dia pulang rumah.

Sewaktu menaiki tangga rumah hatinya berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan ayah.

Nenek!!! "Biarlah saya bawa Adie pulang ke rumah saya Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. kasihan saya tengok dia tu, makan pakai tak terurus" "Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya," ayah bersuara acuh tak acuh.

"Janganlah kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kasihan dengan Adie tu saja," nenek cuba memujuk ayah.
"Mak ingat mak boleh menjaga si Adie itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang begini pun masih tak balik-balik lagi. Ke mana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah," terdengar nada marah di suara ayah.

Adie hanya diam berdiri ada belakang pintu. Menggigil ketakutan.



"Adie tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia?"
"Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi," jerkah ayah.
"Bukan dia yang mengadu Jusoh. saya ni bukan buta. Birat-birat badan budak tu kau kerjakan. Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati tu kan
di tangan Tuhan,"
"Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah saya menjaganya,"

Adie membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahnya.

"Nenek," jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium hormat.
"Dah besar dah cucu nenek ni," ujar nenek.

Ada nada sayu yang terselindung. Pipi Adie dicium lembut

"Kau ke mana ha Adie?" herdik ayah.

Tersentak Adie. Adie tunduk memandang lantai. Nenek mengusap lembut rambutnya.

"Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja," nenek membelanya.
"Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala," marah ayah.
"Adie, pergi tukar baju sekolah tu. Kotor nanti," ujar nenek lembut padanya.
"Baiklah nek," terus dia berlalu ke biliknya.

Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya pergi. Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah selalu marah padanya. Patutlah ayah benci dirinya. Adie terus menangis tersedu-sedu. Tangisannya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang.
Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah menyinga.

"Ke mana kau marayap hah?" jerkah ayah. Dia hanya diam sambil air mata mengalir ke pipi.
"Jawab!" tengking ayah. Tersentak dia.
Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis.
"Orang pergi rumah Azman," jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambil menahan sendu.
"Kenapa? Kau dah tak ada rumah?" marah ayah lagi.

Adie hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Adie terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin kuat.

"Kau tak dengar saya tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak merempat ke rumah orang?" tengking ayah sambil menarik telinga Adie. Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah.
"A..die, Adie pergi belajar kat rumah Azman," jawabnya tersedu-sedu.
"Ooh, belajar. kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak. Anak tak sedar diri," jerit ayah lebih kuat.

Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Adie merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya. Darah. Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Adie disepak.

Adie merintih penuh kesakitan. Tapi Adie tidak melawan. Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia merasakan yang dia memang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Adie rasa berdosa pada mama. Ayah menarik telinga Adie lagi dan sekali lagi penampar ayahnya hinggap di pipinya. Adie tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Adie yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya. Pandangan Adie mula kabur. Dia tidak lagi bergerak.

Semuanya bertukar gelap...

Adie terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal. Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik.

"Adie! Adie! Bangun! Kau dah tak nak sekolah," garang suara ayahnya.

Adie cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat. Penangan ayah semalam masih terasa. Tubuhnya terasa begitu lemah.
Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkah masuk.

"Tidur lagi!" jerkah ayah.
"Aa..Adie rasa tak sihat ayah," jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar.
"Sudah, jangan nak mengada-ngada," marah ayah sambil menarik tangannya.

Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga untuk berdiri.

"pergi mandi," ayah menolaknya ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah tetapi di kuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit.

"Adie," terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya.

Dia memandang Cikgu Roslee kosong.

"Siapa yang buat kamu macam ni?" tanya Cikgu Roslee sambil mengusap rambutnya.

Adie hanya diam membisu. Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Adie merasakan kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar Cikgu Roslee memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat. Kepalanya tidak terasa berat atas berdenyut. Dia membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek dan Mak Usu. Nenek menangis. Ayah pun menangis. Tidak pernah dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya. Tiada tanda-tanda kemarahan dan kebencian di wajah ayah.

"Maafkan ayah nak," suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Adie tak faham kenapa ayah dan nenek sedih.
"Kenapa semua orang sedih," tanya Adie dengan kepayahan.
"Janganlah sedih. Adie cuma nak pergi jumpa mama. Adie nak minta maaf pada mama. Adie rindu mama," Adie bersuara perlahan dan dia tak tahu kenapa perkataan itu yang terungkap di bibirnya.
"Oh Adie! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan tinggalkan ayah!" ayah merayu.

Air mata mengalir di pipi ayah. Adie merasakan tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek, kemudian ayah dan akhirnya ke arah mak usu. Pernafasan Adie mula tersekat-sekat dan akhir dada si kecil terhenti berombak. Senyuman Adie masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya.

Menurut doktor, Adie mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang kuat. Dia juga kepatahan beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan pada paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya...Insan kecil bernama ADIE...
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul