Kembara Hati Seorang Hamba: May 2011

Monday, May 30, 2011

.:: Daripada Dr Fadzillah Kamsah::.

Views
Assalamualaikum w.b.t…..
Menyingkap blog ni telah lama ana xberkongsi kan?? Almaklumlah.. Rumah ana xda internet.. adapun d cyber je… susah nk p cyber.. apapun ana minta maaf… sorry.. Kali ni baca le kongsian ana ni ye.. wallahualam...


....................................................................................................................................................................




Tatacara makan & minum

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah,
Allah lipat gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang
tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work
towardsit (ada semangat) di keesokan harinya.

3. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat
pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg
dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah
approaching 0%.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner).
 Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg
Pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10 second then baru telan. Teguk
Kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh
Membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan
pertama.

5. Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja je masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start
study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm  kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

1. Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

2. Semasa buang air  besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb  bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

1. Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur
mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih
"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
Anak akan develop excellently.

2. Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn)
pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara
 aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja &
exuberant.

Tatacara didik diri sendiri

1. Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari  berturut2
~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30
hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negative ~ emosi2 ni
Akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana
boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua
(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc


Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA     : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA   : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA      : Hari ini lebih teruk daripada semalam


"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita  kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Mudah2an ada manfaat untuk kita semua, menjadi iktibar untuk mendidik diri
& family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya. Jadi  marilah
kita saling ingat mengingati.......

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu dari kelemahan diri saya.
Sampaikanlah walau satu ayat...
Wassalam.





    .......adie shahrul......
"MiLEs APaRt CloSE tO tHE HeARt"


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, May 25, 2011

::Teguran Itu Penting::

Views
“Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.”
Ayat yang saya tulis di atas adalah antara kata-kata cerdik pandai tentang orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku dimana-mana, dalam pemerintah kerajaan, dalam syarikat-syarikat, dalam persatuan, dalam usrah, halaqah, taklim, mahupun dalam suatu hubungan ukhwah yakni antara akhwat dengan akhwat.
Teguran boleh berlaku kepada dua, secara asasnya, teguran yang membina, yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tak kurang juga akhwat yang tak suka ditegur. Ya. Tidak Suka!

Sifat manusia yang diketahui adalah hanya bersedia ditegur apabila apabila dia yang membutuhkan keadaan tersebut. Contohnya, Akhwat A pergi ke Akhwat B dan ingin meminta teguran dan nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Akhwat B akan didengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut. Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
Manusia memang tidak lari daripada berbuat kesilapan,yang berbeza hanya sedikit dan banyak. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersikap trully dan hidup.
Dalam dakwah, ataupun apa sahaja perkara, jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. Sesuatu yang agak pelik apabila seorang akhwat sentiasa menyuruh akhwat yang lain rajin bangun malam untuk tahajud, sedangkan diri dia sendiri sentiasa berselubung di dalam selimut. Sebab itu, kalau kita suka menegur, pastikan dahulu teguran iu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Teguran itu biasanya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang lain. Sebab itu, apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang yang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tapi awal-awal anda mahu merobohkannya.
Kata Hukama,
“Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain.”

Manusia memerlukan ‘cermin’ bagi meneliti diri mereka. Jadi sekarang cuba sama-sama kita menganggap orang sekeliling adalah cermin bagi kita. Bukankah susah kita memakai tudung tanpa melihat cermin, duhai ukhtifillah ku?

Setiap orang yang menegur pasti juga sedia ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Haya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyarat terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri kita sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya tiga jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri! Itu adatnya.
Sekadar renungan untuk kemajuan dakwah bersama. Wallahualam.
“Sampaikanlah yang benar walaupun ianya pahit….”

..................................................................................................................................................................

Entri ni ana copy drpd web PEMBINA PERLIS 
Sumber:
Farah Alina binti Ab. Aziz

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, May 21, 2011

.::Utamakan Pandangan Allah daripada Pandangan Manusia::.

Views
ASSALAMUALAIKUM...
Kali ni ana nak masukkan entri yg ana baca dari blog PEMBINA perlis...

.....................................................................................................................................................................




Seorang Hamba Allah (sifulan A) sedang bersiap-siap untuk ke kuliah pada hari tersebut.Dia sedang memikirkan tentang pakaiannya yang tidak berapa menarik lalu dia bertanya kepada seorang sahabatnya (sifulan B) yang tinggal sebilik.


Sifulan A : Aduh…macam mana ni yea..saya rasa baju ni tak cantik la..kamu ada baju yang lebih bagus..?

Sifulan B : Kenapa tak pakai ja baju kamu tu? Saya rasa tak ada masalah,malah lebih menutup aurat lagi.

Sifulan A : Ishh..mana boleh,saya nak kelihatan lebih menarik di khalayak ramai.Kalau saya pakai baju ni,tak menarik la…

Sifulan B : Hmm…saya nak tanya kamu,tolong jawab dengan jujur yea..,apa tujuan kamu memakai pakaian?? Adakah disebabkan untuk menutup aurat atau menunjuk-nunjuk kecantikan yang kamu miliki?

Sifulan A : Hmm..(nada yang sedih)Saya tahu saya jahil.Kamu ni..membuatkan saya sedar atas niat saya selama ini..Saya akui,sebelum ini saya selalu nak tampil cantik di khalayak ramai tanpa memikirkan dosa atau pahala atau kerana Allah.Saya lebih memilih hawa nafsu dari syariat Islam.

Sifulan B : Alhamdulillah kalau kamu boleh terima teguran saya walaupun sedikit.Saya harap selepas ini,kita sama-sama perbaiki kelemahan diri sendiri.Jadi,pakai lah baju awak ni,mungkin lebih menarik di mata Allah..(memberi senyuman).

Sifulan A : Terima kasih sahabatku atas peringatan kamu kepada saya.Tolong bimbing saya selepas ini,mungkin saya kurang ilmu tentang agama.Saya akan berusaha untuk berubah selepas ini.

Sifulan B : Ya,sama-sama.Kalau saya ada melakukan kesilapan minta tegur kerana kita kadang-kadang terlalai dengan nikmat dunia.Eh..lambat ni,jom kita ke kelas sekarang..:)



KESIMPULAN:
Sebagai hamba Allah yang bertaqwa,kita mestilah mengikut apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Dalam konteks berpakaian,tak salah kalau kita nak tampil cantik tapi mesti berlandaskan syariat Islam dan jangan terlalu terlampau dalam berpakaian. Kita sebagai umat Islam harus menunjukkan contoh yang baik kepada orang yang bukan Islam. Hal ini kerana,manusia sering melihat kita dari segi luaran dan tak bermakna dalaman kita tak menjaga. Sekiranya dalamannya baik maka akan melahirkan luaran yang baik.
Islam adalah mudah dan tidak menyusahkan umatnya. Apa salahnya kalau kita bersederhana dalam berpakaian. Selain diri kita selamat dari fitnah sekeliling,kita dapat meningkatkan keimanan kepada Allah. Disamping itu,kita dapat terhindar dari menaikkan nafsu lelaki terhadap wanita dan membantu kaum lelaki untuk menjaga imannya.
Niat dalam sesuatu perkara amat penting seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam Hadis pertama tentang niat. Daripada ini kita dapat tahu bahawa niat memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap perbuatan kita bergantung kepada niat,jika niat kita baik maka baiklah tapi kalau niat kita jahat maka jahatlah jadinya dan bertambahlah dosa kita. Oleh itu,marilah kita sama-sama meluruskan niat kerana Allah SWT dalam setiap amalan kita kerana jika kita niat kerana Allah,itu telah dikira sebagai ibadah.
Sekarang kita lihat betapa ramainya umat Islam yang lebih mementingkan fesyen-fesyen terbaru untuk lebih kelihatan cantik. Terlalu berfesyen adalah pengaruh dari syaitan untuk memesongkan umat Islam. Bersederhanalah dalam berpakaian dan kita mesti utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia kerana itu lebih mulia di sisi Allah SWT. Kenapa kita nak pedulikan manusia yang tak suka dengan penampilan kita yang lebih baik tetapi kita mesti ingat bahawa dengan penampilan yang menutup aurat secara keseluruhan adalah sangat disukai Allah dan ini apa yang Islam syariatkan.
Segala apa yang Allah larang,ada hikmahnya. Oleh itu,kita wajib mengikutinya untuk kebaikan diri sendiri. Kita tak perlu untuk menunjukkan perhiasan yang kita miliki untuk tontonan umum kerana suami kita pun membayar mahar kepada kita untuk melihatnya. Renung-renungkan. Semoga kita dapat meluruskan niat kerana Allah untuk mencapai redha Allah.

...................................................................................................................................................................
Sumber :
Ifa
Ahli Media Pembina Perlis

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, May 18, 2011

.::Cinta sejati::.

Views
Assalamualaikum....
Apa khbr sahabat... Asif.. ana terlalu sibuk kebelakangan ini... sehingga ana xdpt masukkn entri baru.. InsyaALLAH kali ni ana nk kongsi ttg cinta lagi..hehe... jiwang la.. huhu... xmgapa bah kan jiwang2 ni... untuk perkongsian bersama..(^_^)....


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------






"CINTA yang tidak pernah berubah hingga ke akhir hayat adalah cita-cita setiap pasangan yang berkasih.

Setiap ujian mampu diharungi dengan sabar. Begitu juga pembuktian cinta kepada Allah yang menagih pengorbanan hamba-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Penguasa alam
semesta. Janji ini menjadi penawar di hati seorang hamba, reda meredah setiap ujian kehidupan atas nama qada dan qadar-Nya.

Firman Allah: ……..Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.(Surah al-Baqarah, ayat 216)


Cinta kepada-Nya tidak pernah luntur dalam setiap keadaan, susah atau senang sentiasa setia dengan janji yang diikrarkan hingga kembali kepada-Nya.

Maka marilah kita hayatilah doa di bawah ini, semoga kita semua dikurniakan cinta yang sejati di dunia dan akhirat.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkanku kepada cinta-Mu.

Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu (Hadis at-Tirmizi dalam Jami' al-Sahih, Rasulullah bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud).

Sahabat sekalian ini dipetik dari keratan akhbar untuk tatapan bersama.
Insya-allah..moga kita peroleh cinta sejati dunia & akhirat (",)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, May 10, 2011

.::AMALAN DOA BUAT AYAH IBU::.

Views



Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Tuhan Pemerintah hari pembalasan Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka Bukannya jalan orang yang Engkau murkai Dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan Aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti

Ya Allah
Teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku, Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu Jauhilah aku dari segala laranganMu Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu Dan berbakti kepada kedua ibubapaku

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang Sedangkan ku tahu, Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "ah" kepada mereka. Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah Aku berjaya kini Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku Tidur malam mereka aku ganggu Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku Tidak pernah mereka mengadu letih Tidak pernah mereka mengadu sakit Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dimalam ini aku terkenang semua itu Dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah Dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka, Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah Aku tahu ya Allah
Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu Yang amat pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku

Maha Suci Allah Yang Maha Besar Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu Teguhkanlah iman mereka ya Allah Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah Tuhan Sekalian Alam.

Amin...

Aku hanya insan yang serba kekurangan,.. Tabahknlah hatiku ya ALLAH.. supaya aku dpat menempuh semua ini...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul