Kembara Hati Seorang Hamba: June 2011

Sunday, June 26, 2011

Ucapan & Keadaan

Views
Assalamualaikum....
Hiasilah hati dengan corak batik IMAN & ISLAM...







1 – Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH ”

Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib .

Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan 

Tujuan kita mengucapkan ” SUBHANALLAH ” iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : ” Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala ” .

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah .

Contohnya kita ucapkan ” SUBHANALLAH ” apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : ” Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu ” . Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut :

Ertinya : ” Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan ” ~ Surah al-Hasyr ayat 23

Lihat penggunaan ” SUBHANALLAH ” ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :

Ertinya : ” Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) drp Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqso ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s. a. w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat ” . ~ Surah al-Israk , ayat 1 .

Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s. a. w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia .

Ucapan ” SUBHANALLAH ” ini juga dikenali sebagai ” TASBIH ” .

2 – Ucapan ” ALHAMDULILLAH ”

Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ” ataupun ” Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah ” .

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :

Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran.” Dan diserukan kepada mereka: “ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan ” ~ Surah al-’Aaraf , ayat 43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan ” ALHAMDULILLAH ” sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a. s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .
Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :

Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ( Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) ” .

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : ” Alhamdulillah , saya berjaya ” ( Diucapkan ucapan ” Alhamdulillah ” agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .

Ucapan ” ALHAMDULILLAH ” ini juga dikenali sebagai ” TAHMID ” .

3 – Ucapan ” ALLAHU AKBAR ”

Ertinya : ” Allah Maha Besar ” .

Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :

1 – Apabila berada di tempat yang tinggi .

2 – Apabila berada di dalam ketakutan .

3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala .

4 – Sebagai ” pembakar semangat ” para pejuang Islam .

5 – Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .

Ucapan ini dikenali juga sebagai ” TAKBIR ” .

4 – Ucapan “ LA ILAHA ILLALLAH ”

Ertinya : ” Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah ” .
Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .


Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih

( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini .

Ia dikenali juga dengan gelaran ” TAHLIL ” .

5 – Ucapan ” BISMILLAH ”

Ertinya : ” Dengan Nama Allah ”

Ucapan ini dikenali sebagai ” BASMALAH ”

Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .

Ertinya di sini ialah : ” Bismillah ” digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : ” Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya ” .

Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun
mempersendakan Allah Ta’ala .
Contohnya :

A – Membaca ” Bismillah ” untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk ” membuka gelanggang silat ” , untuk ” menyemah ” rumah , untuk ” menjamu ” penunggu dan jin dan sebagainya .

B – Membaca ” Bismillah ” untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .

C – Membaca ” Bismillah ” untuk ” tikam ” nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang
perjudian .

D – Membaca ” Bismillah ” ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .

E – Membaca ” Bismillah ” untuk makan dan minum apa-apa yang haram .

F – Membaca ” Bismillah ” kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .

6 – Ucapan ” MA SYAALLAH ”

Ertinya : ” Apa yang Allah Kehendaki ”

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih)

Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang ,

contohnya menyebut ” MA SYA ALLAH ” ketika melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna ” Apa-apa yang Allah kehendaki ” , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihat pelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .

Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .

Ucapan ini diistilahkan sebagai : ” AL-MASYIAH ”

7 – Ucapan ” A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM ”

Ertinya : ” Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) ” .

Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana .

Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .

Ucapan ini digelar sebagai ” AT-TA’AWWUDZ ” .

8 – Ucapan ” LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH ”


Ertinya : ” Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin
( pertolongan ) Allah ” .

Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu .

Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AL-HAUQOLAH ” .

9 – Ucapan ” INSYA ALLAH ”

Ertinya : ” Jika diizinkan Allah ”

Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang .

Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut ” INSYA-ALLAH ” , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini . ~ [ Hasil temuramah di antara S. S Dato' Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ] .

Ucapan ini dikenali sebagai ” TAWAKKUL ” ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )

10- Ucapan ” BARAKKALLAHU FIK ”

Ertinya : ” Semoga Allah memberkati engkau ” .

Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya .

Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AT-TABARRUK ” .

11 – Ucapan ” JAZAKALLAHU KHAIRAN ”

Ertinya : ” Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan ”

Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .

Boleh juga diucapkan dengan ” JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN ” ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak ” .

Boleh juga diucapkan dengan ” JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK ”
( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .

Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan ” JAZAKALLAHU ” ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .

Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : ” JAZANA WA IYYAK ” .

Erti respon itu ialah : ” Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu ” .

Ianya dikenali sebagai kalimah ” ASY-SYUKR ”

12 – Ucapan ” INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN ”

Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.


- Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya .
( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .

Firman Allah mengenai ucapan ini :

Ertinya : ” Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “~ Surah al-Baqarah , ayat 155 .

Ucapan ini dikenali sebagai ” LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’ ”

13 – Ucapan ” HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL ”

Ertinya : ” Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong ” .

Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan ” pembakar ” semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh .

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r. a menjelang Perang Badar :

Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : “Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung ” . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AL-HASBANA “.

Sekian . Semoga ada manfaatnya . Wallahu A’alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
****************************************
RUJUKAN
1- MAUSU’AH al-QURAN al-KARIM Tafsir 4 Orang Imam Besar ESC Soft – Egypt
2 – PENERANGAN LISAN OLEH SYEIKH SOLEH HAMDI as-SISI M. A ( Hadist ) , Universiti al-Azhar asy-Syarif

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kalam Buat Kaum Hawa

Views




Cemburu ku melihat sang pungguk bermadu rndu dgn sang bulan..
Cemburu ku melihat sang helang terbang berdua-duaan..cemburu jua aku pada si belangkas yang hidup berkasih sayang…
Tapi aku,terus kepilauan Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi hawa yg dulu..ku terbang bebas dalam duniaku ibarat sang helang yang gagahmelebar sayap diufuk timur,berani…ku ibaratkan.
Kau Hawa umpama sayap kiriku ini.lantaran tinggi nilaimu dihati lelaki.ku terbang setinggi2 nya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan tanpa ada dinding yg menghalang tatkala sekali bayu kencang menujah,ku terbang rendah..



Hawa..
Bukan ku tewas dgn bayu nan kencang.biarpun aku umpama helang yg gagah perkasa dan raja udara yg unggul di awanan..namun andainya sebelah sayapku kuat tapi lagi sebelah sayapku tergeliat..ku tidak mampu menongkah ribut yg menggila mengikut haluanku..berat untukku mghadapi dgn sayap kanan…Cuma kau tau Hawa aku jadi derita.
Hawa…
Ku teruskan jua perjalanan dgn ketabahan ku bawamu bersama dlm kepayahan kau memarahiku kerana egoku..kau leteriku semahunya tanpa kau dengari kalamku..
Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan..
Namun……
Tatkala egoku menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran.terbang dilangit tanpa batasan,sering ku terbabas,hilang arah dan panduan.ku harapkan kritikan serta pesanan brpanjangan agar ku tetap terbang di awanan menjadi jaguh helang terbilang..
Tapi….taffakur ku sejenak di pohonan ..
Hawa..kau diciptakan indah ,bukan daripd kepala untuk disanjung dan dipuja bukan jua drpd kaki untuk dipijak dan hamba sahya.tapi dari rusukku.dekat dengan dadaku untuk dilindungi,dekat pula dihati untuk disayangi dan dicintai..



Hawa..
Dulu ku perlukanmu sebagai teman berbudi,menemani tugas beratku sebagai khalifah dimuka bumi.kaulah cerminku yg sentiasa memuhasabah diri.tapi kini,keindahanmu yg sering ku puja,kau salah erti kau tampilkan mghiburkan dunia dengan susuk tubuh yg mengiurkan kaumku..
Kekaburan matanya brtelanjang.hatinya lemas ditelan keasyikan.ah,memang kaumku suka mengambil kesempatan!tapi kenapa kau jual dirimu bak barang pameran??dimana hilang nya malu mu yg mnjadi hias pakainmu??tidak kau tahu…tubuhmu mnjadi hidangan enak oleh mata,tetapi racun pada jiwa.aku bisa trhumban ke neraka kerananya.kau guna keistimewaanmu untuk mggoda.air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melamah kan iman.



Oh hawa…
Aku rindukan hawa yg dulu,malu,trjaga,trpelihara.



Hawa..
Ku tahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati2 untuk diluruskan.lantaran itu ku datang bersama..bahawa antara kita saling prbaiki diri.dengarlah bisikan kasihku sesungguhnya aku rindukan hawa yg dulu,sesuci maryam seteguh asiah,setulus khadijah,setabah fatimah..namamu indah biarpun dimana disegenap jiwa kaulah ibu.trukir kasih dipaparan dada kaulah kekasih dirindui saban ketika.kaulah puteri pengubat duka ,penyejuk mata kaulah adik,pemberi semangat paling brguna kaulah mu’minah trukir indah disetiap dada.




ketahuilah hawa..
Kau ku puja.kerana dari rahimmu melahirkn kaumku yg brhati waja .kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dan terjaga ..kerana keistimewaanmu teman hidup tempat cintaku brbicara.kerana kaulah ladang tanaman taman nafsuku yg brgelora kerana kau adalah hiasan paling indah dari dunia dan seisinya ..maka ku datang kepadamu hawa..membawa ubat dgn penuh cinta ubatilah dirimu..aagar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dan kedua-dua sayapku yg kuat dan mantap . agar bukan saja ku dapat menongkah angin dan kencang . bahkn sayapku brkibar penuh bangga mencipta angin…      

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, June 25, 2011

.::MERAJUK::.

Views
Assalamualaikum wbt....
Hiasilah hati dengan corak batik IMAN & ISLAM...





Kenapa merajuk?






Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk?

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Punca merajuk

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai ‘tuan’, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?

Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana mengubati sikap merajuk?

Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang “menyakiti hati” kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, June 24, 2011

**Cerpen : Impian Kasih**

Views
Assalamualaikum Wbt....
Hiasilah hati dengan corak batik IMAN & ISLAM


Inilah cerpen ana yang dapat tempat cerpen terbaik selain cerpen ana yang bertajuk "Insan Bernama Adie".. Cerpen ni adalah ilham ana yg xseberapa.. Moga anda seronok membaca ye...


 "Hishh… kenapalah hati ini asyik teringatkan budak tu. Budak tu bukannya hensem sangat, tapi adakah aku telah jatuh cinta? Hei! No way Honey!
“Hoi budak, mengelamun nampak!”
Tiba- tiba satu suara mengejutkan perbualan hatiku. Syahirah baru balik dari kuliahnya. Aku tidak menjawab teguran Syahirah itu, cukup sekadar memalingkan wajahku yang agak cun tambah cute ini lalu ku sambung semula perbualan hatiku yang terbantut tadi. Eh! Sebelum tu nama aku ni Ria Raihani, called me Honey aje, simple dan manis macam madu bila disebut. Sekarang ni aku tengah belajar di salah sebuah kolej yang letaknya di tengah- tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun ini. Syahirah tu kawan sebilik aku. Nak tahu tak apa yang tengah bermain- main di dalam fikiran aku sekarang ni?
“Honey cayang, awak tu takde kuliah ke petang ni?”
Tiba- tiba Nor Laila pula menggangu lamunanku yang baru nak bermula semula. Nor Laila tu pun kawan sebilikku juga. Sekilas aku memerhatikan jadual waktu kuliahku. Hari ini Khamis, Editing dah, News Writing pun dah, Desktop pun… Alamak!! Aku terkejut beruk. Tanpa menoleh ke arah Syahirah dan Nor Laila aku terus mencapai buku Desktop And Design Publishing yang tersusun di dalam rak dengan serba kekalutan.
“Jam… Jam… Ish! Pukul berapa dah ni?”
“Tiga empat puluh lima”
Syahirah dan Nor Laila menjawab serentak. Sekali lagi ku lihat jadual waktu,kelas praktikal untuk subjek Desktop pukul 4 petang. Kuss semangat. Mampuihlah aku kali ni, dahlah lecturer Desktop tu datang tepat pada masanya, lab komputer tu pula kalau datang lambat alamat tak dapat tempatlah nanti. Melayang angan- anganku tadi. Aku segera berkemas- kemas, membetulkan tudung yang tidak sempat dibuka sejak tadi. Sapu bedak sikit kat muka. Ok siap! Dah manis dah. Nor Laila dari tadi tak kedip mata memerhatikan aksi- aksi hebatku. Syahirah yang agak keletihan pula sudah melayarkan bahtera ke samudera impiannya. Ku lihat jam di tangan ada lima minit lagi sebelum ke pukul empat.
Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan aku terus melangkah deras menuju ke bilik komputer yang letaknya berhampiran dengan perpustakaan. Nasib baiklah hostel dekat dengan perpustakaan.
“Laju cik adik”
Tegur seorang pemuda. Aku berjalan terus. Selang dua tiga langkah aku menoleh semula ke arah suara itu. Eh! Admire akulah. Sewelnye aku tak jawab. Pemuda itu pula hanya tersenyum melihat tingkah ku yang dalam keadaan serba tak kena lalu diapun meneruskan langkahnya. Mungkin hendak ke perpustakaan, fikirku. Apa- apapun dia menegur aku kali ini. Hilang terus keresahan dalam hati pasal kuliah. Sampai saja ke bilik kuliah kawan- kawan yang lain sudahpun berada di tempat masing- masing. Akupun segera mecari tempat yang masih kosong. Nasib baiklah Sir Adam yang mengajar subjek Desktop ni tak sampai lagi. Selamat aku! Tapi, aku masih terbayangkan wajah admireku tadi, geramnya tak jawab sapaannya tadi. Hoi! Kat kelas pun sempat nak berangan- angan ke? Bisik suara hatiku. Aku senyum sendiri. Sepanjang kuliah petang itu aku lebih banyak terbayangkan wajah admire aku itu. Alahai, budak tu pun bukannya hensem sangat tapi kalau tengok senyumannya bisa gugur jantung aweks- aweks yang memandangnya tau! (hehe..aku pun!)
“Ok time up, so you all can go now”
Hanya itu kata- kata yang keluar dari mulut Sir Adam yang sempat masuk ke dalam telingaku. Aku segera meninggalkan bilik kuliah.
***
Malam itu aku studi di dalam bilik sahaja. Syahirah dan Nor Laila juga tidak ke mana- mana. Semuanya sedang sibuk menelaah buku masing- masing sambil dihiburkan dengan alunan lagu- lagu terkini dari stesen radio Era.
“Hai semalaman mata tak mahu lelap… Haa itupun dia, tapi bila dia akan pandang muka ni?”
Tiba- tiba suara iklan kegemaranku ku udara melalui radio mini milik Syahirah itu. Aku apalagi teruslah teringatkan admire aku itu. Yang nyata hari ini dia pandang kat aku dan menegurku. Yess!!! Ada respond, kata hatiku girang.
“Hai senyum sorang nampak, hang ingat kat marka ka?”
Nor Laila memulakan perbualan pada malam itu setelah agak lama masing- masing mendiamkan diri.
“Kawe kite ni mabuk cinta!!”
Celah Syahirah pulak seperti tahu apa yang sedang bermain- main dalam fikiranku.
“Betul ke ni, hang tak cerita pun kat kita?”
Nor Laila mencelah pula sambil tersenyum- senyum ke arahku. Mungkin sekali ingin mendapatkan cerita sebenar dariku.
“Apalah engkorang ni, tak boleh tengok orang senang sikit ker?”
Aku berkata lagak seorang perempuan yang tengah bengang akibat usikan balak- balak murahan di tepi jalan.
“Eh marah pula cik adik kita ni. Tapi takpelah kalau dah tak sudi nak kongsi cerita dengan kita ni”
Syahirah mula menunjukkan muka seposennya. Ha merajuklah tu konon. Dahlah aku ni jenis mudah makan pujuk!
“Takde apa- apa yang menariknye. Honey mana ada mabuk cinta”
Selamba badak juga aku ni, tapi sebenarnya tengah gabra takut disoal siasat dengan lebih lanjut lagi oleh budak berdua ni.
“Kalau hari- hari tengok muka tu senyum sorang- sorang tak ke ada apa- apa namanya. Emm, kalau ye pun dapat tau nama balak yang malang tu pun dah kira ok”
Syahirah berkata lagi. Ada ke dia kata budak tu malang dapat aku? Chiss!!
“Ha ahlah Honey, bagitaulah kat kita ni sapa dia budak tu”
Nor Laila pula bersuara dan kini sudahpun berada di hadapan meja tulisku. Aku nak taknak akhirnya bersuara kembali setelah didesak berkali- kali oleh dua orang sahabatku itu.
“Nama dia Zack, Syed Zaki. Budak Communication juga macam Honey cuma dia ambik pengkhususan dalam Perhubungan”
Laju benar ayat- ayat tu keluar dari mulut ku. Syahirah dan Nor Laila pula sejak tadi tidak berkesempatan memotong kata- kataku apatah lagi untuk bersuara.
“Dah lama Honey admire kat dia. Hari ni dia tegur Honey tau!”
Aku menambah lagi, nak selindungkan pun dah tak ada gunanya lagi fikir hati kecilku.
“Patutlah seharian dok senyum je”
Nor Laila berkata setelah lebih banyak mendengar dari tadi. Aku tersipu malu. Kalau tengok kat cermin mesti muka aku ni nampak macam pelakon opera Cina yang kena tempek bedak tebal- tebal kat muka tu. Pucat!
***
“Jib, petang tadi aku nampak awek cun tu”
Syed Zaki membuka lembaran perbualan malam itu.
“Awek mana pula ni?”
Najib bertanya untuk kepastian.
“Setahu akulah engkau tu awek keliling pinggang”
“Alah Jib ni, buat- buat tak tau pulak, awek cun yang Zack maksudkan tu bukannya Jib tak kenal”
“Siapa dia?”
“Ria Raihani”
Najib terdiam seketika, mungkin cuba mengingati nama yang baru disebut oleh Zack sebentar tadi.
“Haa.. Jib ingat sekarang, Budak tu pernah sekelas dengan kita sem satu dulu kan?”
Syed Zaki hanya mengangguk, mengiyakan kata- kata rakan sebilik merangkap rakan sekuliahnya itu.
“Sejak bila pula Zack admire kat budak tu?”
Najib bertanya lanjut. Walaupun cerita tentang Ria Raihani itu pernah diceritakan oleh Syed Zaki padanya tetapi kini dia sudah hampir melupainya.
“Sejak kita satu kelas dengan dia dulu”
“Ooo… macam tu!”
Bulat saja bibir Najib yang tebal itu mendengar cerita dari rakannya itu.
“Aku jumpa dia petang tadi depan library, nampak macam tergesa- gesa je jadi aku pun tak jadi nak tegur”
“Tak kan tak tegur langsung, peluang tu…!”
“Takde respond nak buat macamana”
Syed Zaki menunjukkan wajah hampanya. Mungkin sekali kerana Ria Raihani tidak menjawab tegurannya petang tadi.
“Zack kata dia dalam keadaan tergesa- gesa, mungkin sebab tu lah dia tak perasan kat Zack”
Najib cuba membuat andaian. Mungkin juga fikir hati kecil syed Zaki pula.
***
Sebentar lagi aku kena hadiri kelas Desktop. Kalau nak tahu masuk aje kelas ni bermakna aku menghabiskan masa satu jam dengan sia- sia saja. Apalagi kalau bukan dengan Sir Adam tu. Hishh! Tak baik kata macam tu Honey, buatnya Sir tu tak bagi engko lulus exam nanti, sapa yang naya? Honey juga!! Daripada fikirkan pasal Sir Adam lebih baik aku angan- angan kejap dekat admire aku tu. Harap- harap kali ni aku dapat jumpa dia lagi macam semalam. Aku dah rancang, kalau kali ini dia tegur aku macam semalam aku tak akan lepaskan peluang keemasan itu untuk tegur dia balik.
“Ring..ring!”
Jam locengku berdering kuat membuatkan lamunanku terhenti begitu saja. Nasib baik bunyi kalau tak tentu aku buat hal lagi macam dulu. Aku segera bersiap- siap untuk menghadiri kelas teori untuk subjek Desktop tepat jam 11 nanti. Aku membetulkan tudung biruku yang sudah agak berkedut, maklumlah dah seminggu dipakai. Aku senyum sendiri, melihat pada wajahku di cermin bersyukur pada Ilahi yang mengurniakanku kecantikan semula jadi dan tak mungkin akan ku sia- siakan anugerah ini. Syukur padaMu Ya Rahman Ya Rahim.
Aku berjalan pantas menuju ke kelas S101. Kali ini agak jauh dari hostel namun ianya sudah menjadi rutin untukku. Di kiri kananku pelajar- pelajar lain juga sedang menuju ke kelas masing- masing. Eh! Admire ada kat depan akulah. Aku memperlahankan langkahku, pura- pura tak nampak, harap- harap dia tegur aku.
“Assalamualaikum”
“Haaa…!!”
Ya Allah, kenapalah aku ni bengap sangat. Kalau excited sangatpun janganlah tunjuk perangai tak senonoh macam tu! Teriak hati kecilku. Rosak rancangan.
“Eh! Emm.. maaf, wa’alaikumsalam”
Haa.. macam tu kan elok.
“Nak ke kelas ke?”
Tanya Syed Zaki, nampak sangat aku buat dia terkejut tadi. Muka dia pun dah merah- merah tu.
“Yup!”
“Oh. Sayapun nak ke kelas juga”
Tak tanyapun, sempat juga aku jawab (tapi dalam hati jerr). Kalau diberi peluang lebih baik aku tatap wajah dia tu puas- puas daripada memikirkan jawapan kepada setiap soalan yang diajukannya itu.
“Saya Zaki, Syed Zaki”
Nampaknye dia masuk perngakap sendiri ni. Hehe!
“Saya...”
“Honey!!”
Ish! Sapa pulak yang potong stim ni! Aku segera menoleh ke arah suara yang memanggil nama ku itu. Zaleha sedang melambai- lambaikan tangannya ke arahku. Aku buat- buat senyum ke arahnya. Ku lihat Syed Zaki seperti hampa. Honey pun hampa juga! Nanti kau Leha! Aku kerat- kerat lidah kau tu! Kalau bukan kau yang kacau dah lama aku dapat si Syed ni. Amboi! Tinggi jugak impian aku ni. Hehe!
“Saya dah sampai dah”
Aku meninggalkan Syed Zaki dalam keadaan terpingga- pingga.
“Nice talk with you Honey”
Satu senyuman dilemparkan kepada ku. Wow! Kalau buleh nak pengsan sekarang juga kat depan dia. Biar dia yang sambut. Hehe! Dia panggil aku Honey! Sempat juga dia mengenyitkan mata kepada ku. Macam couple yang tengah bercintan- cintun pulak! Aku pura- pura tidak melihatnya lalu segera menuju ke arah Zaleha rakan sekelas ku yang kecil molek itu. Hatiku mula berbunga. Bunga- bunga cinta!
“Ehem! Romantik nampak”
Usik Zaleha. Aku mencubit lengannya.
“Adusss!”
“Ha! Taupun sakit, usik lagi. Kang aku tarik hidung tu pula”
Aku memberi amaran. Namun di hati hanya Tuhan yang tahu betapa hari ini hari yang amat menggembirakan buat ku. Macam nak terbang pun ada. Hehe! Mungkin dia juga minat kat aku? Bestnye! Hari ni bermakna dah dua kali dia tegur aku. Semuanya melalui kelas Desktop. Ada juga untungnya masuk kelas Sir Adam ni bisik hati kecilku. Hai! Alamatnye tak masuk otak lagilah apa yang akan diajar oleh Sir tu. Dan seperti biasa perkataan terakhir yang keluar dari mulut Sir Adam yang dapat ku tangkap hanyalah ‘time is up’. Aku senyum sendiri. Indahnya oh admireku !
***
Petang Sabtu itu aku sudah berjanji dengan Zaleha untuk mengulang kaji pelajaran bersama di perpustakaan. Ketika aku sampai Zaleha sudahpun berada di hadapan pintu masuk dengan muka yang agak berlainan dari biasa. Senyum lebar sampai ke telinga. Mungkin juga ada sesuatu yang menarik hati.
“I have something for you”
Katanya sambil mengangkat beberapa buah buku rujukan di tangan.
“Apa dia?”
Aku mulai tertanya- tanya.
“Kita masuk ke dalam dulu”
“Janganlah buat aku surprise Leha”
Aku semakin resah. Aku segera mengekorinya masuk ke dalam perpustakaan yang agak besar dan dingin itu.
“Wow! Semakin glamer nampak”
Zaleha berkata setelah kami mendapatkan sebuah tempat duduk yang agak jauh dari pelajar- pelajar lain.
“Leha please!”
“Ok, calm down Honey”
Zaleha cuba menenangkanku. Seraya menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih kepadaku.
“Apa ni?”
“Baca dulu baru tau”
Zaleha membantuku membuka lipatan surat yang ada di dalam surat itu. Surat itu disuakan ke arahku.
“Bacalah cepat”
“Haa…!”
Tiba- tiba saja suara katakku keluar dari mulut tanpa diduga. Semua mata yang berada di dalam perpustakaan itu tertumpu ke arahku. Malunye! Apa taknya, surat itu datangnya daripada admire ku.
“Leha siapa yang bagi surat ni?”
Aku meminta kepastian daripada Zaleha.
“Najib, budak sekelas Leha dalam kelas PR”
Aku cuba mengingati nama itu. Ya, aku ingat sekarang, budak itu pun pernah sekelas denganku semester dulu. Surat tanpa diduga itu membuatkan sesi ulangkaji yang sepatutnya dijadualkan petang itu tertunda. Zaleha yang tidak senang melihat keadaanku menyuruhku untuk balik sahaja. Aku juga berpendapat demikian. Kalau hati dah tak tenang apa yang dibaca bukannya boleh masuk otak lagi.
***
Selesai saja solat Isya’ malam itu aku segera mengeluarkan surat yang tak diduga itu.
Buat Saudari Ria Raihani,
Semoga surat yang tidak diundang ini tidak mengganggu tugasan saudari Honey ketika ini. Saya ni tak pandai jiwang- jiwang, apa- apapun terus terang saya katakan
yang saya sebenarnya amat meminati saudari Honey. Mungkin saudari Honey tidak menyedarinya, tapi sejak kita berada dalam kelas yang sama dulu hati ini tergerak untuk mengenali saudari Honey dengan lebih dekat lagi. Mungkin juga saudari Honey kurang percaya tetapi itulah hakikatnya! Saya harap agar kita dapat menjadi kawan kalau diizinkan lebih dari itu pun boleh!
Salam mesra berpanjangan dari saya,
Syed Zaki


19/4/11
Aku senyum sendiri setelah selesai membaca surat yang amat bermakna itu. Sesungguhnya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Syed Zaki juga meminati aku selama ini.
“Yes!!”
“Honey what happen?”
Syahirah dan Nor Laila bertanya serentak.
“Er.. emm.. sorry, silap teknik”
Aku cuba menyembunyikan keadaan yang sebenar.
“Oh! Pandai sembunyi ye. Surat tu mesti dari Syed Zaki”
Syahirah sempat melihat surat yang aku sembunyikan di bawah timbunan buku yang berselerak di atas meja ku.
“Syed minat kat aku juga!”
Kerana terlalu gembira aku terus memberitahu hal sebenarnya. Aku senyum sendiri. Tak sabar rasanya menanti hari esok, sesungguhnya aku juga meminatimu Syed Zaki, bisik hati kecilku.
***
“Tak sangka dari memendam perasaan dan saling meminati akhirnya kita disatukan juga”
Syed Zaki berbisik ke telingaku ketika majlis membatalkan air sembahyang sedang dilakukan setelah kami selamat diijab kabulkan. Aku tersenyum malu, lalu satu kucupan hangat singgah ke dahiku. Sesungguhnya aku bersyukur pada Ilahi, orang yang aku minati kini telah menjadi milikku buat selama- lamanya.. Mungkin inilah yang dikatakan impian kasih…Terima kasih ya ALLAH..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul