Kembara Hati Seorang Hamba: October 2011

Friday, October 28, 2011

Kurniaan ALLAH

Views

Assalamualaikum w.b.t

Hiasilah hatimu dengan corak batik IMAN & ISLAM.

Jazakallah khair kepada semua sahabat yang sudi mengunjungi blog ana yang tak seberapa ini.. Syukran jazeelan. Apa khabar semua? sihat ye? Iman anda macammana pula? harap sihat juga ye? 

Baiklah, kali ini ana nak berkongsi tentang kurniaan ALLAH. Kurniaan ALLAH adalah satu pemberianNYA kepada kita untuk meneruskan kehidupan kita, dan paling utama untuk kita beribadah kepada ALLAH seperti mana DIA telah berfirman dalam kitab Al-Quran:


Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)


Salah satu nikmat yang sangat 'simple' atau mudah kita rasakan ialah udara, udara ALLAH telah kurniakan kepada kita untuk kita bernafas, tanpa udara maka kita mungkin akan mati, kita lihatlah ahli astronomi yang ingin ke ruang angkasa, sudah pasti mereka membawa gas oksigen untuk sedut udara, kerana ruang angakasa tidak mempunyai udara.  bukan sahaja kita yang memerlukan udara malah hidupan lain juga memerlukannya. itulah kurniaan yang ALLAH telah beri kepada kita secara percuma, tak bayar 1 sen pun.

Baiklah, jika kita teliti dalam anggota badan kita, kita diberi 2 pasang kaki untuk berjalan, 2 pasang tangan menyentuh , 2 pasang telinga mendengar dan 2 pasang mata untuk melihat. Di sini ana ingin kongsikan bagaimana ajaibnya kurniaan ALLAH kepada kita. Ana hanya fokuskan kepada mata. Mata kita ni walau nampak simple namun keajaibannya sungguh dahsyat yang menunjukkan ALLAH itu Maha Bijaksana. jika tak percaya, mari sama-sama kita uji mata kita.

Test 1



Cuba lihat gambar di atas. apakah yang anda dapati, seolah-olah berombakan? Inilah keajaiban mata kita yang pertama.



Test 2



Cuba pula lihat gambar di atas. Apa yang anda rasa? gambar tu berputarkan? Ini keajaiban yang kedua.



Test 3




Cuba renung gambar di atas, apa yang anda lihat? kelihatan tompok/ bintik hitam seolah-olah berkelip? Ini keajaiban yang ketiga.



Test 4







Cuba fokus tanda '+' di tengah gambar di atas, apa ada dapati? Bulatan hilang tak? ini keajaiban yang keempat.



Test Akhir





anda lihat 3 titik di kalimah ALLAH selama 10 saat dan alih kan pandangan anda ke dinding.. lihat ke ajaiban nya subhanallah.. anda akan teruja dgn mata kurniaanNYA ini..



Inilah bukti bahawa ciptaan ALLAH cukup sempurna malah ada keajaibannya sendiri.

Renungkan..
Perhatikan...
&
Fikir-fikirkan lah..

Wallahualam...


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, October 27, 2011

Apakah itu cinta?

Views

Assalamualaikum wbt
Hiasi hatimu dengan corak batik IMAN & ISLAM







Apakah itu cinta?
 
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.
Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu
sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik
kepada yang dicintainya itu penuh emosi
dan gembira kerana itu.
 
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam
cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan
yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk
mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang
menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta.
Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan..
cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi
keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin
hidup yang bersih dan penuh taqwa.
 
Sifat Cinta
 
      Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu
sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.
Untuk mengetahui dengan lebih dekat,kita perlulah tahu sifat-
sifat cinta ;
 
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke 
dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari 
cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya 
setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta 
itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci 
murni serta putih bersih.
 
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan
manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia
menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan
dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk
dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang
dicintai.
 
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan
cantik.Cantiknya itu tulen dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik
malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
 
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari
diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang
dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai
dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal
balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi
juga menerima.
 
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya
khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.
Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada
ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
 
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu
siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh
jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu
apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu
akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
 
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh
layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar 
cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, 
benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang 
berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup 
walaupun telah mati.
 
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta
bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan
cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka
yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
 
Cinta Itu Mempersona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta
itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagai-
mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum
pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya
comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat
cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila
bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya
dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan
menodai cinta itu sendiri.
Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang 
bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika
anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
 
Apakah itu Bukti Cinta?
......Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa
bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa
saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak
berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
 
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua
yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?
Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan
anda?
 
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih
yang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan
selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
 
      "Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu
      membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap
      sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
                              - Saidina Umar Ibnul Khattab -
 





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, October 21, 2011

BENDA YG PATUT DIKETAHUI

Views
Assalamualaikum w.b.t...
Khaifa Haluka/ Haluki? ana harap sihat ya.. panjatkanlah kesyukuran kita kepada yang Maha Pencipta kerana sehingga sekarang DIA masih lagi mengurniakan kita nyawa untuk terus hidup dan melakukan kerja-kerja harian kita. saat ini, insyaALLAH ana nak berkongsi sesuatu perkara yang mungkin ana sendiri baru tahu. (^_^)


Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(Al A'raaf:179)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu,banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, October 18, 2011

Virus Merah Jambu

Views
Assalamualaikum...
bertemu kita kembali setelah lama ana tak buka laman blog ni atas sebab2 yg ana xdpt elakkn.. Apa khabar semua? sihat? Alhamdulillah. semoga sihat2 ye semua. Iman mcamna pl? ok? Harap2 oklah ye..:) kali ni ana nk kongsikan ttg Virus merah jambu









Pernah tak kamu explore komputer hati kamu? Kalau ya pernah tak kamu jumpa sejenis virus yang suka kacau program & fail-fail kat dalam komputer hati kamu? Apa effect virus ni? Biasanya virus ni akan buat hati kita tak tenang tapi seronok sangat & cemburu tapi cinta. Kalau biasa alami kesan ni, tu la virus merah jambu. Nak tau lanjut? Jom baca….

Virus merah jambu atau nama scientific nya virus cinta adalah sejenis virus yang sangat ganas dan biasanya akan mendatangkan penyakit hati pada diri kita, dapat menyerang seluruh network tubuh dan amat susah nak dibuang. Dalam banyak kes yang ditemui, ternyata yang virus ni ditemui pada kebanyakan komputer hati remaja yang masih dalam usia belasan tahun. Tapi ada juga orang dewasa dan tua yang terkena kesan virus ni. Lebih tepatnya kepada mana-mana komputer hati manusia yang beberapa fail OS Imannya telah corrupt.

Dalam survey yang telah dilakukan, didapati antara fail OS yang selalunya corrupt  adalah C:\Iman\CintaIlahi.Exe atau file C:\Iman\Rajinibadah.exe. Ini biasanya berlaku pada orang dewasa dan tua. Bagi remaja, walaupun sistem OS Iman mereka masih baru tapi disebabkan jarang membuka kedua-dua fail ini maka virus ini terus menyerang OS Iman mereka. Mula-mula sistem OS Iman mereka menjadi lembab, antivirus asal IngatTuhan.exe didisablekan seterusnya virus ini akan menginstallkan sendiri satu program SukaHiburan.exe. Akhirnya, virus ini menjalar dan menjangkiti ke seluruh network tubuh mereka.

Nah, kalau dah macam tu apa yang terjadi? Maka mulalah virus ini bekerja mengganggu sistem, program, fail dan sebagainya. Gambar-gambar syaitan yang tertawa keseronokan melihat kegagalan mereka meraih Redha-Nya menjadi wallpaper. Kekadang komputer hati menjadi gelap kerana banyaknya fail-fail baru diinstallkan oleh program SukaHiburan.exe seperti hasad.dll, mazmumah.ini dan cemburu.acl. Akhirnya, virus ini akan menjadikan pusat sistem saraf dan akal mereka hang. Dan bila ini terjadi, maka virus ini akan mengalahkan sistem saraf dan akal yang sedia ada. Virus ini akan memprogramkan semula matlamat hidup mereka kepada “menomborsatukan cinta sesama manusia dan menomborduakan cinta kepada Ilahi”.

Tapi boleh ker kita mencegahnya? Kalau boleh, macam mana? Pihak saintis yang arif tentang komputer hati menyatakan bahawa virus ini boleh dicegah. Terdapat dua kaedah iaitu yang pertama, membuang fail-fail yang dapat menjadi pintu masuk virus ini iaitu cintadunia.exe & takutmati.dll. Lepas tu, installkan software mujahadah.exe & muhasabah.exe. Kedua-dua program ini akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta ini sampai ke akar umbinya. Kalau tak berjaya, gunakan cara kedua iaitu format kembali komputer hati anda dan install OS Iman yang baru…Kamu boleh saja mendapatkan OS Iman ini di kuliah agama, seminar, majlis tazkirah atau majlis zikir. Cara paling baik ialah berjumpa dengan pakar sistem hati agar kamu lebih mudah mendapatkan panduan. Atau biarlah mereka membetulkan komputer hati kamu.

Setelah OS Iman kamu dibaiki, install saja software-software sampingan yang dapat membantu mengelakkan jangkitan semula virus ini. Installkan antivirus yang disyorkan iaitu ingatmati.exe. Utilities terbaik pula adalah al-quran.exe, zikir.exe dan rajinibadah.exe. Ketiga-tiga program ini akan membetulkan sebarang serangan yang dilakukan oleh virus merah jambu@virus cinta ini. Dicadangkan untuk hiburan, installkan saja games  seperti dakwah.exe dan ukhuwwah.exe supaya komputer kamu tidak terlalu berat. Akhir sekali, bacalah readme file (kuatiman.doc) sebagai panduan yang disertakan bersama-sama pakej OS Iman…..Selamat Mencuba

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul