Kembara Hati Seorang Hamba: November 2011

Friday, November 18, 2011

10 Wasiat Rasulullah S.A.W

Views

Hiasilah hati ini dengan corak IMAN & ISLAM.(^_^)



Apa khabar Iman kita hari ini? Ana harap macam biasa lah ya,  Iman Sihat, Tubuh Sihat dan Hati pun sihat..
Alhamdulillah sbab masih lagi kita dipnjamkan nyawa untuk kita terus bersama2 beribadah kepadaNYA..:)
Kali ini ana nak berkongsi tentang wasiat.. wasiat harta?? bukan.... wasiat Rasul kita iaitu Nabi MUHAMMAD S.A.W... InsyaALLAH...



1.Telah bersabda Rasulullah saw, barang siapa menyebut nama Allah sebelum fajar dan sebelum terbit matahari atau sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk menyeksanya dengan api neraka.


2.Telah bersabda Rasulullah saw, apabila engkau selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Maka sesungguhnya Allah taala akan menulis pahala haji dan umrah atau pahala memerdekakan hamba atau bersedekah seribu dinar pada jalan Allah.


3.Telah bersabda Rasulullah saw, biasakan dirimu berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya doa itu tidak akan ditolak.


4.Telah bersabda Rasulullah saw, hamba yang paling dicintai Allah ialah orang yang sujud sambil berkata dalam sujudnya…’Ya Allah,bahawasanya aku telah menzalimi diriku, maka Kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada apa yang mengampuni dosa melainkan Engkau.


5.Telah bersabda Rasulullah saw, sembahyanglah Engkau di tengah malam walau sekadar memerah susu kambing. Sesungguhnya orang yang bersembahyang di tengah malam itu adalah secantik-cantik manusia mukanya.
 

6.Telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi dia berada dalam kesucian dan tidak berhadas.


7.Telah bersabda Rasulullah saw, lazimkanlah diri dengan sembahyang secara berjemaah kerana disisi Allah adalah seperti jalan mu mengerjakan haji dan umrah. Dan tidak ada yang bersungguh-sungguh menunaikan sembahyang jemaah melainkan orang mukmin yang dicintai oleh Allah swt.


8.Telah bersabda Rasulullah saw, berangsiapa yang Allah berikan nikmat kepadanya, dia bersyukur dan Allah beri dugaan, dia bersabar dan jika dia berbuat jahat dia memohon ampun,nescaya bolehlah dia masuk syurga dari pintu mana yang dikehendaki.


9.Telah bersabda Rasulullah saw,berangsiapa yang membaca surah At-Thaariq pada waktu malam sebelum tidur, nescaya dituliskan baginya sebanyak bilangan bintang di langit menjadi kebajikan.


10.Telah bersabda Rasulullah saw,berilah salam kepada orang yang engkau jumpai daripada kaum muslimin, nescaya Allah tuliskan bagi mu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, maka Allah akan tuliskan 40 kebajikan.





……………………………………………………………………………



by


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, November 13, 2011

Jaga Hati

Views

Hiasilah hati ini dengan corak IMAN & ISLAM.(^_^)



Apa khabar Iman kita hari ini? Ana harap macam biasa lah ya,  Iman Sihat, Tubuh Sihat dan Hati pun sihat.. Ana minta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk ana teruskan perkongsian di alam maya ini. Kita bersyukur kepada ALLAH S.W.T, kerana dgn limpah kurniaanNYA, kita dapat lagi berkongsi pada hari ni. kita perlu bersyukur kepadaNYA..  seperti sabda Rasulullah S.A.W:




jika sebelum ni ana masukkan atau buat perkongsian mengenai kurniaan ALLAH, dan hari  yang penuh kerahmatan ini ana teringin nak berkongsi tentang jaga hati, kenapa kita perlu kita? Ana petik lirik lagu ni untuk kita renung dan hayati:


Petikan lagu di atas menerangkan kenapa kita perlu jaga hati..
Contoh yang paling simple yang boleh ana nyatakan ialah :

Allah menciptakan manusia dua pasang mata untuk melihat,
dua pasang telinga untuk mendengar, dua pasang tangan untuk memegang
dan dua pasang kaki untuk berjalan tetapi kenapa Allah ciptakan hanya satu hati sahaja?

Kerana.....

Allah ingin kita memilih antara dua penasihat hati kita iaitu Iman dan nafsu, terpulang dengan kita untuk memilih antara dua aspek tersebut, jika kita ingin mencapai target kita iaitu Allah maka kita perlu terapkan keimanan dalam hati kita supaya akhlak kita tidak buruk.. sperti mana Rasulullah s.a.w bersabda:



ingat lah wahai sahabat sekalian, sama2 lah kita muhasabah diri, cermin diri kita. bertanyakan di mana kedudukan iman kita sekarang, bagaimana keadaan hati kita, Ilustrasi hati kita, imaginasi jiwa kita, walaupun sukar namun pasti ada caranya untuk sama2 kita jaga hati ini,, jika kita tahu apa tujuan Allah ciptakan kita maka insyaALLAH kita sendiri dapat muhasabah diri kita..
Inilah kata-kata ALLAH yang benar dalam kalamullah Al- Quran:


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia 
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Surah Adz-dzaariyaat , 55:56

Sama2 kita.
Renung....
perhatikan...
&
Fikirkan....

Wallahualam....



By

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul