Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU terlebih dahulu,
Biar rasa cintaku padaMU tetap seperti dulu…
Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Jangan biarkan cinta itu melebihi cintaku padaMU,
Hingga aku lalai dari mencintaiMU…
Ya ALLAH...
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Biarlah cinta yang berhak bagiku,
Cinta yang halal pada pandanganMU…
Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Khusyukkan aku dalam solatku,
Tenangkan hatiku dalam ibadahku,
Kerana fitrah insaniku telah ENGKAU sempurnakan untukku…
Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Biarlah pengaduan atas deritaku,
Rasa syukur atas kebahagiaanku,
Hanya kupanjatkan kepadaMU terlebih dahulu,
Kerana aku yakin ENGKAU lebih memahamiku…
Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Kurniakan aku seseorang yang hatinya penuh kasih saying kepadaMU,
Biar aku cinta padanya kerana aku kagum padaMU..
Ya ALLAH…
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
Kurniakanlah insan yang ENGKAU cintai untukku…
Amin…..