Assalamualaikum
semua..
Apa
khabar hari ni? Harap2 sihat ye.. bukan je sihat anggota malah sihat
iman dan hati.. Kerana
itu lah yang penting dalam diri kita. (^__^)V. Syukur tak
terhingga kepada yang Maha Pencipta kerana masih lagi beri nafas
untuk saya melakukan kerja harian saya dan justeru berpeluang untuk
mengupdate blog saya yang tak seberapa ini.
Kali
ini saya ingin berkongsi cerita yang mungkin boleh kita ambil
ikhtibar dan menjadi medium semangat untuk kita berdakwah..
Berfikir
sebentar..
25 MEI 2012
kenapa dgn tarikh ni? Hehe… jgn silap ye.. ni bukan tarikh hari
ulangtahun kelahiran saya.. hehe.. tapi.. ni lah tarikh yang menjadi
kenangan buat saya seperti kata amar, secebis kenangan.. Tarikh ini
akan saya kenang di dalam hati..Kenapa?? sebab…. tarikh ini
merupakan tarikh terakhir saya bergelar mahasiswa Kejuruteraan di
UniMAP atau lebih dikenali Universiti Malaysia Perlis kerana saya
ambil keputusan untuk tangguh pengajian walaupun sudah 2 tahun saya
di UniMAP..Banyak kenangan manis dan pahit saya lalui di UniMAP yang
mungkin saya tidak akan lupa (mood sedih) (:*__*:).. Di UniMAP juga
saya kenal apa itu PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL).. Oleh
itu, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih Akhi
Hamzah Sakeran kerana dari awal saya masuk UniMAP, Akhi lah yang saya
kenal dulu.. (^__^).. Akhi Muhammad Hafiz Abdul Rahim dan Akhi Hilman
Akil Tan kerana telah menjadi Murabbi saya untuk saya mengenal Islam
dgn lebih dekat lagi.. Akhi Meor Muhammad Zulfaidz B. Meor Mohd
Zuber, Muhammad Qayyim, Akmal Syamil, dan ikwah IPG perlis.. terlalu
ramai kalau saya sebut satu-satu.. Terima kasih semua kerana sudi
menjadi sahabat saya yang serba kekurangan ini..Banyak saya belajar
dari antum semua.. Maaf jika selama perkenalan kita, saya ada buat
silap, terkasar bahasa dan keterlaluan gurauan senda yang menyebabkan
tergores hati semua.. Semoga ikatan ukhwah yang kita jalinkan
diberkati oleh ALLAH SWT.. Ameen… InsyaALLAH, jika ada rezeki kita
bertemu lagi..(^__^)..
Maaf,
bukan tu yang saya nak ceritakan.. tetapi ada perkara yang penting
nak saya kongsikan.. Cerita di atas tu hanya muqadimah sahaja..
hehe.. maaf… baiklah, kita teruskan..
Kisahnya
bermula….
Sebelum
tu senyum dahulu.. Seperti adik ni..(^__^)
Pada
21/05/2012 bersamaan hari Isnin, saya rasa bosan jadi saya surf lah
internet.. kalau dah surfing ni, dah sah-sah facebook tidak akan
dilupakan.. hehe .. but im not facebooker..(^__^)..
Semasa
buka facebook, adalah mesej-mesej yang datang.. ada 6 mesej tapi saya
tertarik dengan 1 mesej dari seorang pemilik facebook, dia mohon
kepada saya agar saya approve friend request dia, saya pun approve..
kebetulan masa tu dia pun online.. so, dia bagi salam kat saya, saya
jawab.. dan di situ lah bermulanya cerita.. dia ceritakan dia seorang
muallaf berasal dari sabah, tapi saya rasa pelik dan bertanya kenapa
dia beria-ia nak saya approve friend request dia, dia pun berkata,
dia tertarik dengan page saya ‘Kembara Hati’ dan Blog saya
‘Kembara Hati Seorang Hamba’. Dia pun meneruskan ceritanya.. Dia
kata dia baru saja memeluk Islam pada bulan November tahun lalu..
itupun kerana seorang perempuan.
Dia
kata, dia suka sangat dengan perempuan tersebut sehinggakan dia sahut
cabaran perempuan tu untuk memeluk agama Islam.. Dia pun pergi lah ke
Masjid Terapung Kota Kinabalu.. Namun, dia tidak menyangka dgn apa
imam tu berkata.. "kamu tidak boleh masuk Islam sekarang sebab
kamu perlu melengkapkan borang dan menandatangani surat akuan sumpah,
baru kamu boleh masuk Islam".. Dia cakap dia membalas kata-kata
Imam tadi dgn nada yang kasar, "Kalau
beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk
Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan
menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang kah?
Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba
saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan
siapa yang akan bertanggungjawab? " Akhirnya imam tersebut
menyuruh dia mengucap dua kalimah syahadah.
Setelah
memeluk agama Islam di Masjid terapung Kota Kinabalu, dengan hati
yang gembira dan perasaan tidak sabar-sabar untuk memberitahu
perempuan tersebut untuk keesokan harinya, dia pun pulang ke rumah
dan tanpa disengajakan dia terlepas cakap dengan ahli keluarganya,
kebetulan ayahnya seorang ahli kuat agama kristian pun berada di
sana, semua terdiam.. ayahnya meluru ke dapur, dia ingatkan ayahnya
tidak kisah tetapi rupa-rupanya, ayahnya mengambil sebilah parang
untuk menetaknya dengan menjerit ‘anak kurang ajar’ dia terus
lari dan melompat dari tangga dengan berkaki ayam kerana takut akan
ayahnya.. dalam perkejaran itu, sesuatu tidak diduga telah berlaku,
dia dilanggar sebuah kereta dan dia hilang ingatan, amnesia
sementara, dia tidak ingat agamanya.. keluarganya memberitahu dia
beragama kristian..
Genap
dua minggu dari tempoh dia kemalangan, ingatan dia kembali
semula. Dia ingat agamanya iaitu agama Islam.. Dia berasa terkilan
kerana keluarganya sanggup bohong kepadanya, dan tambah sedih apabila
dia mendapat berita ayahnya meninggal tetapi dia tidak dibenarkan
untuk menatap wajah ayahnya. Dia hampir mengalah, namun dengan
kehadiran sahabat-sahabat, dapat menambah keimanannya.. dan kini dia
merasakan banyak perubahan keatas dirinya yang mana dahulunya dia
seorang pemarah namun kini dia seorang penyabar.. Dia berhasrat ingin
mengenali Islam dengan lebih dalam lagi, dulu dia kata keluarganya
beritahu kat dia yang Islam ni agama pengganas, namun istilah tu
hanya satu pembohongan, dia sendiri tidak merasa dia ganas setelah
masuk Islam..
setelah
saya dengar ceritanya, saya pun rasa terkilan juga atas apa yang
berlaku kepada dirinya.. Untuk hilangkan rasa terkilan tu.. saya
bertanya, kenapa dia suka blog dan page saya? dia kata banyak info
tentang Islam di blog saya, (setahu saya info tentang wanita je bnyak
di blog tu) hehe.. dan dia berkata dia menyimpan hasrat untuk
melakukan dakwah Islamiah di sabah.. perkataan tu yang buat saya
terasa pegun.. iyalah, dia baru saja menganut Islam.. namun dia dah
berniat begitu.. Dia meminta saya membantu dia untuk mengajar dia
berdakwah.. saya pun bingung sedikit dan tertanya pada diri, kenapa
saya yang dia pilih?.. saya pun bersetuju untuk membantu dia setakat
yang saya mampu dan tahu.. dan dia ingin berjumpa dgn saya pada
30/5/2012.. dalam diam saya berasa segan.. kenapa saya
tidak ada semangat seperti dia, ingin berdakwah… Ya Allah, semoga
perkenalan kami ini Engkau berkati dan niat sucinya Engkau redhai..
Ameen..
……..
Itulah
kisah yang saya nak kongsikan, maaf jika ayat saya terlalu skema..
(^__^).. sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk dia mungkin dgn
usaha dia Islam dapat berkembang.. Ameen…
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment