Assalamualaikum semua… rasa lama ana tak update blog ni kan? Hehe.. Almaklum lah.. pelajar, sangat sibuk menyiapkan tugasan diberi.. tu la tanggungjawab pelajar.. mengaut ilmu tanpa berkira tempat, masa dan apa yg dikorbankan.. sebelum tu, apa khabar semua? Sihat ye? Harap2 sihat je ye? Ana di sini sihat walaupun kadang2 terganggu juga kesihatan..tapi syukur badan ni boleh bertahan lagi..(^_^).. bukan tentang kesihatan ana nak kongsi sekarang ni, tapi…
tengok tajuk di atas “ Rileks bah kau jo!!” bahasa sabah sudah keluar.. hehe.. harap2 pembaca dari semenanjung tidak kisah ye.. (^_^).
Selama 4 bulan berada di U untuk semester 3 ni.. telah banyak ilmu digapai namun belum diselongkar lagi untuk mengahadapi final dalam 3 minggu lagi.. sebut pasal final. emmm.. dengar je perkataan ni.. confirm ramai pembaca yg sedang berada di U masing2 skrg ni rasa gementar..kan? mungkin segelintir sahaja yang rasa gembira kan? Iya lah… lepas final boleh balik ke kg bercuti bersama keluarga. Especially ana. Tapi dalam kegembiraan itu ada terselit kemantapan perasaan gentar menghadapi final. sebab inda tahu mau dijawab apa nanti final, =.=.. study pun tak menentu sekarang lebih2 lagi bila tengok jadual exam.. huhu.. study.. study… nak dekat2 final ni pun mesti mood study kurang.. tengok movie je banyak.. nak release tension lah kononnya.. banyak masa yang terabai..huhu…
Teringat pula time semester pertama duduk di Universiti ni. Semangat giler nak study.. iyalah, ramai orang kata semester pertama lah kena skor berabis (btul2).. memang pulun giler time tu, tak bukak laptop tgk movie, tak main game.. tapi sekarang.. perkara melalikan tu lah yg sedang dilakukan skrg. Huhu.. cari mood study lah katakan.. Ana ni jenis study ikut mood.. klu takda mood. Tak study lah jawabnya.. .. Semester inilah ana rasa semester yg killer sikit. Semua bab mengira je.. huhu.. otak kiri kan.. hehe.. mau pening juga otak bertemu dgn bnyak formula.. formula force, formula current flow, formula signal, formula math jga tak ketinggalan.. semua mengira kan??
Tapi inda apa bah, rileks je.. kata member “final?? Rileks saja, buat macam biasa ja, apa yang kita belajar tu lah yg keluar tu, buat apa mo takut?” .. bila ana renung apa dia katakan, ada betul juga kan? Buat apa nak gementar hadapi exam, buat macam biasa je.. kalau takut, confirm ada bisikan ilustrasi mengganggu fikiran jadi lemah, mengganggu ingatan jadi lupa. Kalau boleh hadapi lah dengan senyuman.. hehe.. macam lagu pula kan?
Senyuman kan boleh buat hati kita tenang, tak percaya? Cuba try test buat.. hehe.. ana yakin diri kita akan tenang dan rileks.(^_^). “Senyuman membawa kita kepada ketenangan minda dan secara tidak langsung memberi impak diri kita sentiasa ingat selalu”.. jadi apa yang ana nak kongsikan kepada para pelajar yang bakal menduduki exam.. Rileks bah kau jo… hehe (^_^).. sama-sama kita hadapi exam dengan tenang tanpa mengucar-kacirkan minda. Tapi dalam rileks tu jangan lupa berusaha. Usaha tangga kejayaan, dan dont forget pray to ALLAH and tawakal.. Itulah sebaik-baik kejayaan..(^_^)
kepada sahabat ana :
Nazihah, Ahmad Syaiful bahri, Akmal hadi, Hanan suhaimi, Mior (senior), qayyim, dan semua sahabat..
Semoga Berjaya exam nanti, sama-sama kita berjuang..
Semoga Berjaya exam nanti, sama-sama kita berjuang..
Kepada
Muhammad Hafiz, Sir Hamzah sakeran
doakan kejayaan mutarabbi mu ini, kami akan sentiasa doakan kejayaan antum juga..
doakan kejayaan mutarabbi mu ini, kami akan sentiasa doakan kejayaan antum juga..