Kembara Hati Seorang Hamba

Thursday, July 14, 2011

SAHABAT IMAM MUDA ALI

Views
Assalamualaikum...
Alhamdulillah bersyukur kepadaNYA kerana masih lagi mengurniakan ana nafas walaupun ia hanya sekadar pinjaman..Agak lama ana tidak berkongsi di blog ni.. almaklum lah sibuk kerja.. Pagi di hospital, petang ke malam kerja di cafe pula.. pencarian rezeki..:) kali ni ana nak berkongsi tentang sahabat ana.. sahabat yang ana sangat bangga dengan beliau.. Beliau ialah tidak lain dan tidak bukan IMAM MUDA ALI KHAIRUDIN BIN MARIF.. Beliau ialah sahabat ana yang ana kenal sejak tahun 2007 semasa umur ana 16 tahun iaitu berada di tingkatan 4.. Beliau ni kawan ana yang sentiasa berada di peka Beaufort (tempat ana tinggal).. kami berkenalan semasa dalam cybercafe.. xsangka kan?? Terima kasih ya ALLAH kerana ENGKAU telah kurniakan aku seorang sahabat yang berkaliber dan menjadi IMAM MUDA justeru dapat meneruskan perjuangan agamaMU..


Ana pun tidak menyangka bahawa dia telah menyertai program yang mendapat sambutan di mata dunia iaitu program IMAM MUDA siri 2011.. maklumlah ana busy study kat U.. jarang tengok tv..  sekali ternampak iklan IMAM MUDA di TV.. ana sikit terkejut dengan sahabat ana ni... Tahniah IMAM MUDA ALI.. kerana berani menyahut cabaran yang agak sukar juga.. menjadi IMAM ni sangat sukar juga.. mesti banyak pengalaman dan pengeahuan agama... Tadi ana kerja kat cafe ana terkejut beliau datang.. kebetulan ana rindukan dia.. lama x jumpa kan.. paling2 pun tgk kt tv je,,.
Alhamdulillah dia masih ingat ana..:) terima kasih sahabat... 


             ni lah gambar  ana dan dia(IMAM MUDA ALI)


Setakat sini je ana berkongsi.. selalunya ana kongsikan nasihat, pengajaran dan wanita.. tetapi sekarang ana kongsikan sahabat ana pula... THANK YOU ALLAH...


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, July 6, 2011

HARI-HARI YG TUJUH

Views
Assalamualaikum wbt....

Marah itu mudah tapi ingatlah, sabar itu sungguh indah...
Hiasilah hati dengan corak IMAN & ISLAM....



Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi: .. Hari...

-Jumaat - 
Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan
pernikahan.

-Sabtu - 
Hari Sabtu adalah dinamakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu
orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

-Ahad - 
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

-Isnin - 
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana
bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

-Selasa -
 Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

-Rabu -
 Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga dibinasakan oleh Allah pada hari Rabu.

-Khamis-
 Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir
menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul