Kembara Hati Seorang Hamba: Alamat Kecil Kiamat

Wednesday, February 16, 2011

Alamat Kecil Kiamat

Views
Rasullullah SAW banyak memberitakan tentang
alamat kecil dan besar akhir zamantanpa
memberikan masa yang tepat terjadinya peristiwa-
peristiwa akhir zaman ini (kerana masa sebenar itu
rahsia Allah SWT). Sebahagian dari tanda tersebut
mulai berlaku sejurus kewafatan baginda
Rasullullah SWT dan secara berperingkat-
peringkat semakin banyak tanda yang diberitakan
kemudiannya muncul satu demi satu.


Dalam perkiraan dunia hari ini, hampir kesemua
alamat kecil yang berikut (dan banyak lagi) bagi
akhir zaman telahpun menjadi kenyataan dan
antaranya:


-sembahyang diabaikan dan diringan-ringankan.


-tidak ramai umat islam yang. mahu mengamal
 dan menyebarkan agama islam.


-keinginan nafsu syahwat digalakkan. Iklan-iklan,
gambar-gambar serta filem-filem lucah berleluasa.


-penjenayah menjadi pemimpin, kebanyakkannya
jahil tentang agama dan banyak memberi fatwa
yang menyesatkan pengikutnya.


-perkara-perkara yang halal dianggap haram dan
sebaliknya.
berbohong menjadi satu keperluan.


-zakat dianggap beban


-hujan/salji turun tidak pada musimnya serta
tempatnya.


-wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan
dan wanita lebih ramai dari lelaki.


-kawan dan lawan sukar dibezakan.


-masjid-masjid dihiasi, tetapi banyak yang kosong
dan berkunci.


-riba berleluasa, orang yang beramal dengan
agama pun tidak terlepas dari fitnahnya.


-darah manusia menjadi murah, peperangan,
pembunuhan dan jenayah menjadi mainan hidup.
pergaduhan dan peperangan antara umat islam
menjadi-jadi.


-akan datang manusia dari barat mempengaruhi
umat supaya ikut cara mereka.


-ilmu agama tidak diberikan tempat yang
sepatutnya dalam masyarakat (umumnya
masyarakat muslim).


-kebodohan dan kejahilan tentang agama menjadi
semakin jelas dan nyata.


-zina berleluasa serta arak menjadi munuman
biasa bagi umat islam.


-banyak berlaku gempa bumi serta fitnah
berleluasa.


-masa dirasakan begitu cepat.


-orang-orang miskin bermegah-megah dengan
bangunan pencakar langit.


-muzik dan penyanyi wanita bermaharajalela.


-ramai manusia mati secara mendadak.


-kebanyakan berita berupa pembohongan.


-ramai orang muslim yang hanya tahu bercakap
mengenai agama tetapi tidak mengamalkannya.


-umat islam yang beriman merintih melihat
maksiat berlaku sekelilingnya tapi tidak mampu
untuk mencegah kerana sudah terlalu umum.

-ramai yang menjadi pengampu kepada
pemerintah yang zalim.




Alamat-alamat kecil akhir zaman seperti yang
dinyatakan di atas ini hanyalah sebahagian dari
hadith-hadith Rasullullah SAW yang
memperihalkan kejadian-kejadian akhir zaman.
Banyak lagi alamat lain telah terbukti menjadi
perkara yang umum pada masyarakat dunia hari
ini, terutama mulai abad ke-20 Masihi.


Sabda Rasullullah SAW:"Akan tiba masanya
manusia akan mengajak satu sama lain untuk
membinasakan kamu (Umat Islam), sebagaimana
orang mempelawa satu sama lainn untuk
menjamah hidangan makanan (i.e bangsa-bangsa
akan memujuk dan mengajak yang lain untuk
bergabung bagi menghancurkan umat Islam
dengan apa cara sekalipun). Seorang Sahabat
bertanya:'Apakah disebabkan bilangan kami
sedikit pada masa itu ya Rasullullah?' Baginda
menjawab:'Bahkan bilangan kamu diwaktu itu
adalah ramai tetapi kamu diibarat buih diatas air
ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada
musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati
kamu satu penyakit Al-Wahn. Seorang sahabat
bertanya pula:' Ya Rasullullah, apakan dia Al-
Wahn itu?' Jawab Rasullullah 'Cinta dunia dan
takut mati'.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul