Kembara Hati Seorang Hamba: .::Menjana Kehebatan Diri Dalam Pergaulan::.

Thursday, March 10, 2011

.::Menjana Kehebatan Diri Dalam Pergaulan::.

Views
Motivasi Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat
dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan
sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat
memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain
untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi
tanah air, Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah
menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang
kehebatan dalam pergaulan.


Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi
dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan
kita ialah:




1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang
lain.


2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang
(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).


3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di
sekeliling kita.


4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang,
senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea,
pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.


5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi pernah
berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita
memarahi seseorang.


6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain.
Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan
kita.


7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa
sayang-menyayangi antara satu sama lain.


8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap
masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang
lain mual terhadap kita.


9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan
insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.


10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci
terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang
mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila
diri mengingati mati.


11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.


12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada
orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan
sesama manusia.


13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang
memerlukan simpati dan perhatian.


14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.


15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan
sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.


16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan
seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.


Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati
kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan
kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak
akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta
memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan
dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan
orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:


Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu),
sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul