Kembara Hati Seorang Hamba: .::SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH::.

Thursday, March 17, 2011

.::SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH::.

Views
Sebagai renungan dan peringatan buat sahabatku yang bergelar wanita... InsyaALLAH...




Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang
meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia
tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan
sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya
nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut
memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan
lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang
memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau
akan memperolehi cinta daripada insan yang juga
menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta
yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga
yang mengoncang iman lelaki.



*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang
kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan
jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan
anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk
kembali,dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.

Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa.
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan,
satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah
terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni,
terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia
berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


***SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH***


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul