Kembara Hati Seorang Hamba: ***April Fool***

Friday, April 1, 2011

***April Fool***

Views
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan
bersama.




Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub
dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka
penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu
memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka
rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka
mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.


Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau
'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah
menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu,
penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April
ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku
ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami
dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu,
giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang
dilafazkan telah pun jatuh!!!


Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia
mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah
bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak
berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari
Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh
berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di
pelabuhan.


Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk
bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang
telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian
mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah
penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal
kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim
dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.


Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di
Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam
yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa
menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai
saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat
untuk kita.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul