Kembara Hati Seorang Hamba: .:: Mengenali Lelaki Dan Wanita::.

Sunday, April 3, 2011

.:: Mengenali Lelaki Dan Wanita::.

Views
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. ana diberi kesempatan lagi tuk berkongsi 1 entry baru.. belum smpai 1 hari ana kongsikan entry tentang kenali wanita.. saat dan kali ni ana nak berkongsi 1 entry tentang Mengenali lelaki dan wanita... InsyaALLAH...

*******************************************************************************

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita
tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA..
Ana juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki,
diantaranya adalah seperti berikut:-



Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.






Wanita

1.  wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2.  wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.

3.  wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4.  wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5.  wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6.  wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya
(taat kepada ibunya).

7.  talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8.  wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada
pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika ana tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri ana sendiri.

Wallahualam...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comment:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul