Kembara Hati Seorang Hamba: **Cerpen : Impian Kasih**

Friday, June 24, 2011

**Cerpen : Impian Kasih**

Views
Assalamualaikum Wbt....
Hiasilah hati dengan corak batik IMAN & ISLAM


Inilah cerpen ana yang dapat tempat cerpen terbaik selain cerpen ana yang bertajuk "Insan Bernama Adie".. Cerpen ni adalah ilham ana yg xseberapa.. Moga anda seronok membaca ye...


 "Hishh… kenapalah hati ini asyik teringatkan budak tu. Budak tu bukannya hensem sangat, tapi adakah aku telah jatuh cinta? Hei! No way Honey!
“Hoi budak, mengelamun nampak!”
Tiba- tiba satu suara mengejutkan perbualan hatiku. Syahirah baru balik dari kuliahnya. Aku tidak menjawab teguran Syahirah itu, cukup sekadar memalingkan wajahku yang agak cun tambah cute ini lalu ku sambung semula perbualan hatiku yang terbantut tadi. Eh! Sebelum tu nama aku ni Ria Raihani, called me Honey aje, simple dan manis macam madu bila disebut. Sekarang ni aku tengah belajar di salah sebuah kolej yang letaknya di tengah- tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun ini. Syahirah tu kawan sebilik aku. Nak tahu tak apa yang tengah bermain- main di dalam fikiran aku sekarang ni?
“Honey cayang, awak tu takde kuliah ke petang ni?”
Tiba- tiba Nor Laila pula menggangu lamunanku yang baru nak bermula semula. Nor Laila tu pun kawan sebilikku juga. Sekilas aku memerhatikan jadual waktu kuliahku. Hari ini Khamis, Editing dah, News Writing pun dah, Desktop pun… Alamak!! Aku terkejut beruk. Tanpa menoleh ke arah Syahirah dan Nor Laila aku terus mencapai buku Desktop And Design Publishing yang tersusun di dalam rak dengan serba kekalutan.
“Jam… Jam… Ish! Pukul berapa dah ni?”
“Tiga empat puluh lima”
Syahirah dan Nor Laila menjawab serentak. Sekali lagi ku lihat jadual waktu,kelas praktikal untuk subjek Desktop pukul 4 petang. Kuss semangat. Mampuihlah aku kali ni, dahlah lecturer Desktop tu datang tepat pada masanya, lab komputer tu pula kalau datang lambat alamat tak dapat tempatlah nanti. Melayang angan- anganku tadi. Aku segera berkemas- kemas, membetulkan tudung yang tidak sempat dibuka sejak tadi. Sapu bedak sikit kat muka. Ok siap! Dah manis dah. Nor Laila dari tadi tak kedip mata memerhatikan aksi- aksi hebatku. Syahirah yang agak keletihan pula sudah melayarkan bahtera ke samudera impiannya. Ku lihat jam di tangan ada lima minit lagi sebelum ke pukul empat.
Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan aku terus melangkah deras menuju ke bilik komputer yang letaknya berhampiran dengan perpustakaan. Nasib baiklah hostel dekat dengan perpustakaan.
“Laju cik adik”
Tegur seorang pemuda. Aku berjalan terus. Selang dua tiga langkah aku menoleh semula ke arah suara itu. Eh! Admire akulah. Sewelnye aku tak jawab. Pemuda itu pula hanya tersenyum melihat tingkah ku yang dalam keadaan serba tak kena lalu diapun meneruskan langkahnya. Mungkin hendak ke perpustakaan, fikirku. Apa- apapun dia menegur aku kali ini. Hilang terus keresahan dalam hati pasal kuliah. Sampai saja ke bilik kuliah kawan- kawan yang lain sudahpun berada di tempat masing- masing. Akupun segera mecari tempat yang masih kosong. Nasib baiklah Sir Adam yang mengajar subjek Desktop ni tak sampai lagi. Selamat aku! Tapi, aku masih terbayangkan wajah admireku tadi, geramnya tak jawab sapaannya tadi. Hoi! Kat kelas pun sempat nak berangan- angan ke? Bisik suara hatiku. Aku senyum sendiri. Sepanjang kuliah petang itu aku lebih banyak terbayangkan wajah admire aku itu. Alahai, budak tu pun bukannya hensem sangat tapi kalau tengok senyumannya bisa gugur jantung aweks- aweks yang memandangnya tau! (hehe..aku pun!)
“Ok time up, so you all can go now”
Hanya itu kata- kata yang keluar dari mulut Sir Adam yang sempat masuk ke dalam telingaku. Aku segera meninggalkan bilik kuliah.
***
Malam itu aku studi di dalam bilik sahaja. Syahirah dan Nor Laila juga tidak ke mana- mana. Semuanya sedang sibuk menelaah buku masing- masing sambil dihiburkan dengan alunan lagu- lagu terkini dari stesen radio Era.
“Hai semalaman mata tak mahu lelap… Haa itupun dia, tapi bila dia akan pandang muka ni?”
Tiba- tiba suara iklan kegemaranku ku udara melalui radio mini milik Syahirah itu. Aku apalagi teruslah teringatkan admire aku itu. Yang nyata hari ini dia pandang kat aku dan menegurku. Yess!!! Ada respond, kata hatiku girang.
“Hai senyum sorang nampak, hang ingat kat marka ka?”
Nor Laila memulakan perbualan pada malam itu setelah agak lama masing- masing mendiamkan diri.
“Kawe kite ni mabuk cinta!!”
Celah Syahirah pulak seperti tahu apa yang sedang bermain- main dalam fikiranku.
“Betul ke ni, hang tak cerita pun kat kita?”
Nor Laila mencelah pula sambil tersenyum- senyum ke arahku. Mungkin sekali ingin mendapatkan cerita sebenar dariku.
“Apalah engkorang ni, tak boleh tengok orang senang sikit ker?”
Aku berkata lagak seorang perempuan yang tengah bengang akibat usikan balak- balak murahan di tepi jalan.
“Eh marah pula cik adik kita ni. Tapi takpelah kalau dah tak sudi nak kongsi cerita dengan kita ni”
Syahirah mula menunjukkan muka seposennya. Ha merajuklah tu konon. Dahlah aku ni jenis mudah makan pujuk!
“Takde apa- apa yang menariknye. Honey mana ada mabuk cinta”
Selamba badak juga aku ni, tapi sebenarnya tengah gabra takut disoal siasat dengan lebih lanjut lagi oleh budak berdua ni.
“Kalau hari- hari tengok muka tu senyum sorang- sorang tak ke ada apa- apa namanya. Emm, kalau ye pun dapat tau nama balak yang malang tu pun dah kira ok”
Syahirah berkata lagi. Ada ke dia kata budak tu malang dapat aku? Chiss!!
“Ha ahlah Honey, bagitaulah kat kita ni sapa dia budak tu”
Nor Laila pula bersuara dan kini sudahpun berada di hadapan meja tulisku. Aku nak taknak akhirnya bersuara kembali setelah didesak berkali- kali oleh dua orang sahabatku itu.
“Nama dia Zack, Syed Zaki. Budak Communication juga macam Honey cuma dia ambik pengkhususan dalam Perhubungan”
Laju benar ayat- ayat tu keluar dari mulut ku. Syahirah dan Nor Laila pula sejak tadi tidak berkesempatan memotong kata- kataku apatah lagi untuk bersuara.
“Dah lama Honey admire kat dia. Hari ni dia tegur Honey tau!”
Aku menambah lagi, nak selindungkan pun dah tak ada gunanya lagi fikir hati kecilku.
“Patutlah seharian dok senyum je”
Nor Laila berkata setelah lebih banyak mendengar dari tadi. Aku tersipu malu. Kalau tengok kat cermin mesti muka aku ni nampak macam pelakon opera Cina yang kena tempek bedak tebal- tebal kat muka tu. Pucat!
***
“Jib, petang tadi aku nampak awek cun tu”
Syed Zaki membuka lembaran perbualan malam itu.
“Awek mana pula ni?”
Najib bertanya untuk kepastian.
“Setahu akulah engkau tu awek keliling pinggang”
“Alah Jib ni, buat- buat tak tau pulak, awek cun yang Zack maksudkan tu bukannya Jib tak kenal”
“Siapa dia?”
“Ria Raihani”
Najib terdiam seketika, mungkin cuba mengingati nama yang baru disebut oleh Zack sebentar tadi.
“Haa.. Jib ingat sekarang, Budak tu pernah sekelas dengan kita sem satu dulu kan?”
Syed Zaki hanya mengangguk, mengiyakan kata- kata rakan sebilik merangkap rakan sekuliahnya itu.
“Sejak bila pula Zack admire kat budak tu?”
Najib bertanya lanjut. Walaupun cerita tentang Ria Raihani itu pernah diceritakan oleh Syed Zaki padanya tetapi kini dia sudah hampir melupainya.
“Sejak kita satu kelas dengan dia dulu”
“Ooo… macam tu!”
Bulat saja bibir Najib yang tebal itu mendengar cerita dari rakannya itu.
“Aku jumpa dia petang tadi depan library, nampak macam tergesa- gesa je jadi aku pun tak jadi nak tegur”
“Tak kan tak tegur langsung, peluang tu…!”
“Takde respond nak buat macamana”
Syed Zaki menunjukkan wajah hampanya. Mungkin sekali kerana Ria Raihani tidak menjawab tegurannya petang tadi.
“Zack kata dia dalam keadaan tergesa- gesa, mungkin sebab tu lah dia tak perasan kat Zack”
Najib cuba membuat andaian. Mungkin juga fikir hati kecil syed Zaki pula.
***
Sebentar lagi aku kena hadiri kelas Desktop. Kalau nak tahu masuk aje kelas ni bermakna aku menghabiskan masa satu jam dengan sia- sia saja. Apalagi kalau bukan dengan Sir Adam tu. Hishh! Tak baik kata macam tu Honey, buatnya Sir tu tak bagi engko lulus exam nanti, sapa yang naya? Honey juga!! Daripada fikirkan pasal Sir Adam lebih baik aku angan- angan kejap dekat admire aku tu. Harap- harap kali ni aku dapat jumpa dia lagi macam semalam. Aku dah rancang, kalau kali ini dia tegur aku macam semalam aku tak akan lepaskan peluang keemasan itu untuk tegur dia balik.
“Ring..ring!”
Jam locengku berdering kuat membuatkan lamunanku terhenti begitu saja. Nasib baik bunyi kalau tak tentu aku buat hal lagi macam dulu. Aku segera bersiap- siap untuk menghadiri kelas teori untuk subjek Desktop tepat jam 11 nanti. Aku membetulkan tudung biruku yang sudah agak berkedut, maklumlah dah seminggu dipakai. Aku senyum sendiri, melihat pada wajahku di cermin bersyukur pada Ilahi yang mengurniakanku kecantikan semula jadi dan tak mungkin akan ku sia- siakan anugerah ini. Syukur padaMu Ya Rahman Ya Rahim.
Aku berjalan pantas menuju ke kelas S101. Kali ini agak jauh dari hostel namun ianya sudah menjadi rutin untukku. Di kiri kananku pelajar- pelajar lain juga sedang menuju ke kelas masing- masing. Eh! Admire ada kat depan akulah. Aku memperlahankan langkahku, pura- pura tak nampak, harap- harap dia tegur aku.
“Assalamualaikum”
“Haaa…!!”
Ya Allah, kenapalah aku ni bengap sangat. Kalau excited sangatpun janganlah tunjuk perangai tak senonoh macam tu! Teriak hati kecilku. Rosak rancangan.
“Eh! Emm.. maaf, wa’alaikumsalam”
Haa.. macam tu kan elok.
“Nak ke kelas ke?”
Tanya Syed Zaki, nampak sangat aku buat dia terkejut tadi. Muka dia pun dah merah- merah tu.
“Yup!”
“Oh. Sayapun nak ke kelas juga”
Tak tanyapun, sempat juga aku jawab (tapi dalam hati jerr). Kalau diberi peluang lebih baik aku tatap wajah dia tu puas- puas daripada memikirkan jawapan kepada setiap soalan yang diajukannya itu.
“Saya Zaki, Syed Zaki”
Nampaknye dia masuk perngakap sendiri ni. Hehe!
“Saya...”
“Honey!!”
Ish! Sapa pulak yang potong stim ni! Aku segera menoleh ke arah suara yang memanggil nama ku itu. Zaleha sedang melambai- lambaikan tangannya ke arahku. Aku buat- buat senyum ke arahnya. Ku lihat Syed Zaki seperti hampa. Honey pun hampa juga! Nanti kau Leha! Aku kerat- kerat lidah kau tu! Kalau bukan kau yang kacau dah lama aku dapat si Syed ni. Amboi! Tinggi jugak impian aku ni. Hehe!
“Saya dah sampai dah”
Aku meninggalkan Syed Zaki dalam keadaan terpingga- pingga.
“Nice talk with you Honey”
Satu senyuman dilemparkan kepada ku. Wow! Kalau buleh nak pengsan sekarang juga kat depan dia. Biar dia yang sambut. Hehe! Dia panggil aku Honey! Sempat juga dia mengenyitkan mata kepada ku. Macam couple yang tengah bercintan- cintun pulak! Aku pura- pura tidak melihatnya lalu segera menuju ke arah Zaleha rakan sekelas ku yang kecil molek itu. Hatiku mula berbunga. Bunga- bunga cinta!
“Ehem! Romantik nampak”
Usik Zaleha. Aku mencubit lengannya.
“Adusss!”
“Ha! Taupun sakit, usik lagi. Kang aku tarik hidung tu pula”
Aku memberi amaran. Namun di hati hanya Tuhan yang tahu betapa hari ini hari yang amat menggembirakan buat ku. Macam nak terbang pun ada. Hehe! Mungkin dia juga minat kat aku? Bestnye! Hari ni bermakna dah dua kali dia tegur aku. Semuanya melalui kelas Desktop. Ada juga untungnya masuk kelas Sir Adam ni bisik hati kecilku. Hai! Alamatnye tak masuk otak lagilah apa yang akan diajar oleh Sir tu. Dan seperti biasa perkataan terakhir yang keluar dari mulut Sir Adam yang dapat ku tangkap hanyalah ‘time is up’. Aku senyum sendiri. Indahnya oh admireku !
***
Petang Sabtu itu aku sudah berjanji dengan Zaleha untuk mengulang kaji pelajaran bersama di perpustakaan. Ketika aku sampai Zaleha sudahpun berada di hadapan pintu masuk dengan muka yang agak berlainan dari biasa. Senyum lebar sampai ke telinga. Mungkin juga ada sesuatu yang menarik hati.
“I have something for you”
Katanya sambil mengangkat beberapa buah buku rujukan di tangan.
“Apa dia?”
Aku mulai tertanya- tanya.
“Kita masuk ke dalam dulu”
“Janganlah buat aku surprise Leha”
Aku semakin resah. Aku segera mengekorinya masuk ke dalam perpustakaan yang agak besar dan dingin itu.
“Wow! Semakin glamer nampak”
Zaleha berkata setelah kami mendapatkan sebuah tempat duduk yang agak jauh dari pelajar- pelajar lain.
“Leha please!”
“Ok, calm down Honey”
Zaleha cuba menenangkanku. Seraya menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih kepadaku.
“Apa ni?”
“Baca dulu baru tau”
Zaleha membantuku membuka lipatan surat yang ada di dalam surat itu. Surat itu disuakan ke arahku.
“Bacalah cepat”
“Haa…!”
Tiba- tiba saja suara katakku keluar dari mulut tanpa diduga. Semua mata yang berada di dalam perpustakaan itu tertumpu ke arahku. Malunye! Apa taknya, surat itu datangnya daripada admire ku.
“Leha siapa yang bagi surat ni?”
Aku meminta kepastian daripada Zaleha.
“Najib, budak sekelas Leha dalam kelas PR”
Aku cuba mengingati nama itu. Ya, aku ingat sekarang, budak itu pun pernah sekelas denganku semester dulu. Surat tanpa diduga itu membuatkan sesi ulangkaji yang sepatutnya dijadualkan petang itu tertunda. Zaleha yang tidak senang melihat keadaanku menyuruhku untuk balik sahaja. Aku juga berpendapat demikian. Kalau hati dah tak tenang apa yang dibaca bukannya boleh masuk otak lagi.
***
Selesai saja solat Isya’ malam itu aku segera mengeluarkan surat yang tak diduga itu.
Buat Saudari Ria Raihani,
Semoga surat yang tidak diundang ini tidak mengganggu tugasan saudari Honey ketika ini. Saya ni tak pandai jiwang- jiwang, apa- apapun terus terang saya katakan
yang saya sebenarnya amat meminati saudari Honey. Mungkin saudari Honey tidak menyedarinya, tapi sejak kita berada dalam kelas yang sama dulu hati ini tergerak untuk mengenali saudari Honey dengan lebih dekat lagi. Mungkin juga saudari Honey kurang percaya tetapi itulah hakikatnya! Saya harap agar kita dapat menjadi kawan kalau diizinkan lebih dari itu pun boleh!
Salam mesra berpanjangan dari saya,
Syed Zaki


19/4/11
Aku senyum sendiri setelah selesai membaca surat yang amat bermakna itu. Sesungguhnya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Syed Zaki juga meminati aku selama ini.
“Yes!!”
“Honey what happen?”
Syahirah dan Nor Laila bertanya serentak.
“Er.. emm.. sorry, silap teknik”
Aku cuba menyembunyikan keadaan yang sebenar.
“Oh! Pandai sembunyi ye. Surat tu mesti dari Syed Zaki”
Syahirah sempat melihat surat yang aku sembunyikan di bawah timbunan buku yang berselerak di atas meja ku.
“Syed minat kat aku juga!”
Kerana terlalu gembira aku terus memberitahu hal sebenarnya. Aku senyum sendiri. Tak sabar rasanya menanti hari esok, sesungguhnya aku juga meminatimu Syed Zaki, bisik hati kecilku.
***
“Tak sangka dari memendam perasaan dan saling meminati akhirnya kita disatukan juga”
Syed Zaki berbisik ke telingaku ketika majlis membatalkan air sembahyang sedang dilakukan setelah kami selamat diijab kabulkan. Aku tersenyum malu, lalu satu kucupan hangat singgah ke dahiku. Sesungguhnya aku bersyukur pada Ilahi, orang yang aku minati kini telah menjadi milikku buat selama- lamanya.. Mungkin inilah yang dikatakan impian kasih…Terima kasih ya ALLAH..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul