Assalamualaikum para sahabat sekalian.. Apa khbar? sihat ye? alhamdulillah, bersyukur kita pada Allah kerana masih lgi dipinjamkan segala nikmat2NYA..
Persatuan yang membawa diriku mengenal ISLAM dan Ukhwah
Alhamdulillah, hari ini senyuman telah menguasai bibit muka (^__^).. setelah menghadapi pelbagai dugaan yang mungkin boleh membuat kita berkata kita lemah untuk menghadapinya..Namun aku cuba untuk bersabar, belajar tabah untuk mengharungi segala cabaran.
Dugaan...
Ia mengajar diri untuk mengenali kehidupan yang sebenar....
Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.
Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.
Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !
Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.
Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.
Realitinya dugaan itu..
Yakin dan pastinya sebagai seorang muslim kita hendaklah merasakan bahawa setiap dugaan yang diterima bukanlah bersifat untuk menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.
Tetapi sebenarnya dugaan itu adalah satu hikmah yang mahu kita berfikir sejenak !
Dugaan yang hadir adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagai hambanya untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai wasilahnya dengan sabar, sangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah.
Kita ingatlah bahawa nikmat hidup diatas dunia ini adalah satu nikmat yang hanya bersifat sementara dibumi pinjaman kepada kita.
Sebab itu bagi orang yang melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan dugaan kesusahan kepadanya. Supaya hambanya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda selamanya.
Setiap perbuatan dosa mesti ada hukuman darinya, samada di dunia atau di akhirat kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu.
Bukan untuk menzalimi kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sampai bila-bila, dugaan juga bermaksud pembalasan ke atas dosa-dosa kita yang lalu.
Sedangkan Allah telah berfirman:“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”
Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.
Dugaan adalah wasilah (perantaraan)
Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)
Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita
Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.
Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.
Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.
Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya
Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika ditimpa dugaan?
Demikianlah, mereka yang tinggi nilai taqwa dan keimananya, tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila ditimpa dugaan kita mudah sangka buruk dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan dugaan kepada kita.
Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak lihati kita, ditimpa dugaan menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita ditimpa dugaan itu….
" Kadangkala ALLAH sembunyikan matahari dan menurunkan hujan,
kita mencari-cari kemana hilangnya matahari dan menangis,
rupa-rupanya ALLAH hadiahkan kita pelangi.."
begitulah perancangan ALLAH untuk menguji kita, setiap dugaanNYA mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan kita sebagai hamba harus bersabar.. Tu lah cara ALLAH mentarbiyyah diri kita..(^__^)
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment