Kembara Hati Seorang Hamba: Baiki Dunia perlu baiki Solat

Thursday, March 29, 2012

Baiki Dunia perlu baiki Solat

Views



“Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, mesti kita mulakan dengan memperbaiki solat.”



Begitulah kata-kata pengisian seorang ustaz yang telah saya dengar semasa beliau menyampaikan  kuliah maghrib. Saya tertarik dengan kata-kata tersebut sehingga saya teringat akan satu kesimpulan yang terhasil daripada pertanyaan yang pernah diajukan oleh seorang insan kepada saya pada bulan lalu.

“Aku nak baiki diri. Daripada mana harus aku mulakan?”

“Mulakan dengan memperbaiki solat,” cadang saya.

“Mengapa solat?”

“Kamu nak jadi baik kan?”

“Kau jawab soalan dengan soalan ,” katanya tersenyum. Tapi kemudiannya dia mengangguk mengiakan.

“kalau mahu jadi baik mesti solat..”

Dia diam seketika. Berfikir mungkin.

“Bukan sebaliknya?”

“Maksud kamu?”

“Maksud aku, orang yang baik itu ialah orang yang solat.”

“Itu betul juga, tapi saya lebih cenderung mengatakan kalau mahu jadi baik perlu solat.”
Dia ketawa.

“Kau rasa kenapa kau bilang begitu?”

Saya senang dengan keramahannya. Walaupun pada mulanya saya ingin jadi pendengar  namun dia bagi saya banyak peluang untuk saya bercakap. Terasa malu diraikan sebegitu.

Saya pun menceritakan kepadanya bagaimana satu ketika diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi S.A.W  tentang  orang yang mengerjakan solat tetapi msih mencuri. Abu Hurairah bertanya bagaimana keadaan orang yang sedemikian ? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat-laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

“Tapi kalau orang itu masih jahat  juga setelah solat, macammana?”

“Itu yang saya katakan, dia perlu memperbaiki mutu solatnya. Perbaiki solatnya.. bila solat baik sudah, insya-Allah orang itu akan jadi baik.”

“Macammana mahu perbaiki solat?”

“Mulakan dengan cari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya.”

“Wah! Solat pun ada software dan hardware juga?”  Dia hampir ketawa. Terkejut dengan istilah yang saya gunakan.

Hardware solat tu tentang rukun fi’li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud, duduk antara 2 sujud dan sebagainya.”

Softwarenya?”

“Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.”
“Cari ilmu yang macammana?”

Kali ni saya menggeleng-gelengkan kepala namun saya faham dia begitu teruja untuk menyoal. Sikapnya yang positif itu mengingatkan saya pada sebuah ungkapan:

kalau kita menyoal, kita kelihatan ‘bodoh’ 5 minit, tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh buat selama-lamanya.

“Cari makna surah Al-Fatihah.. bukan setakat itu saja malah cari tafsirannya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul.”

“Oh, bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya saja?”

“Itupun iya juga tapi itu hanya awalan saja. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menhayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu.”

“Kita mesti jaga 7 anggota sujud kan?”

“Ya, itu permulaan. Tapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita..itu yang paling penting.”

“Itulah yang kau maksudkan dengan software solat?”

Saya mengangguk. Saya tegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang mesti ada dalam hati ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi’li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.

Teringat saya amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.
“Rasa takut, harap, kagum, malu dan hina itulah yang membentuk khusyuk?” Tanyanya.
Saya mengangguk lagi.

Kemudian perbincangan kami berlanjutan hingga menyentuh soal khusyuk.

“Kalau ndak (tidak) khusyuk, macam ndak bergunalah kita solat. Betul kah?”

“Betul. Tapi mahu khusyuk perlulah kita solat dulu. Perlahan-lahan kita tingkatkan mutunya.”
“Lambat kah?”

“Mahu jadi baik memang lambat. Membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata.”

“Oh ya, kita asyik bercakap tentang orang solat… tapi macammana dengan orang yang ndak solat langsung. Macammana dorang mahu jadi baik?”

“Perlu ajak dorang solat,” jawab saya pendek.

“Kenapa orang ndak mahu atau malas mengerjakan solat?” tanyanya bertubi-tubi. Soalan itu menjurus kepada satu persoalan.

Saya cuba menjelaskan bahawa punca orang enggan solat ialah apabila dia rasa tidak memerlukan Allah dalam kehidupannya. Dia tidak Nampak atau terasa keagungan, kekuatan, kekayaan, keilmuan dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah.

“Kenapa jadi begitu?”

“Orang tidak Nampak kebesaran Allah, sebab dia tidak terasa kekerdilan dirinya. Sebaliknya dia berasa dirinya atau makhluk-makhluk lain yang lebih besar. Jadi.. pergantungan, pengharapan dan kekaguman bukan kepada Allah, tapi kepada makhluk-makhluk lain.”

Begitulah dialog dia dan saya pada ketika itu. Alhamdulillah, pada pengakhirannya dia mengangguk faham dan sehingga sekarang dia masih lagi berhubung dengan saya. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

7 comments:

mujahidah1413h said...

subhanallah.. terlalu bnyak hikmah solat , nice sharing . keep it up. may ALLAH bless

Adie shahrul said...

Alhamdulillah.. terima kasih..:)
memang terlalu banyak hikmah solat namun kita hanya sekadar amik ringan saja..

Srikandi permata said...

Alhamdulillah..
setelah bce entry nie..rse tersentuh sgt2..
btol tue..bnyak hikmah solat,
Solat menjauhkan kita dari melakukan dosa dan kemaksiatan.
Perilaku dalam solat menanamkan dan mencetuskan perasaan kebesaran pada Allah swt.
jazakallah atas perkongsiaan ini..
teruskan menulis mengetuk hati2 insani dgn izin-Nya.

Adie shahrul said...

@seikandi permata.. btul solat menjauhkan kita dr melakukn dosa.. insyaALLAH.. saya akan terus menulis.. terima kasih atas sokongan anda..:)

Umi Syida said...

salam adie. tahniahhh ats pkgsian ilmu. mg kamu mdpt kbrktnNya ats apa yg d ushakn.ustz shaidah.

Umi Syida said...

salam adie. tahniahhh ats pkgsian ilmu. mg kamu mdpt kbrktnNya ats apa yg d ushakn.ustz shaidah.

Umi Syida said...

salam adie. tahniahhh ats pkgsian ilmu. mg kamu mdpt kbrktnNya ats apa yg d ushakn.ustz shaidah.

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul