Kembara Hati Seorang Hamba: Cerpen
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Friday, June 24, 2011

**Cerpen : Impian Kasih**

Views
Assalamualaikum Wbt....
Hiasilah hati dengan corak batik IMAN & ISLAM


Inilah cerpen ana yang dapat tempat cerpen terbaik selain cerpen ana yang bertajuk "Insan Bernama Adie".. Cerpen ni adalah ilham ana yg xseberapa.. Moga anda seronok membaca ye...


 "Hishh… kenapalah hati ini asyik teringatkan budak tu. Budak tu bukannya hensem sangat, tapi adakah aku telah jatuh cinta? Hei! No way Honey!
“Hoi budak, mengelamun nampak!”
Tiba- tiba satu suara mengejutkan perbualan hatiku. Syahirah baru balik dari kuliahnya. Aku tidak menjawab teguran Syahirah itu, cukup sekadar memalingkan wajahku yang agak cun tambah cute ini lalu ku sambung semula perbualan hatiku yang terbantut tadi. Eh! Sebelum tu nama aku ni Ria Raihani, called me Honey aje, simple dan manis macam madu bila disebut. Sekarang ni aku tengah belajar di salah sebuah kolej yang letaknya di tengah- tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun ini. Syahirah tu kawan sebilik aku. Nak tahu tak apa yang tengah bermain- main di dalam fikiran aku sekarang ni?
“Honey cayang, awak tu takde kuliah ke petang ni?”
Tiba- tiba Nor Laila pula menggangu lamunanku yang baru nak bermula semula. Nor Laila tu pun kawan sebilikku juga. Sekilas aku memerhatikan jadual waktu kuliahku. Hari ini Khamis, Editing dah, News Writing pun dah, Desktop pun… Alamak!! Aku terkejut beruk. Tanpa menoleh ke arah Syahirah dan Nor Laila aku terus mencapai buku Desktop And Design Publishing yang tersusun di dalam rak dengan serba kekalutan.
“Jam… Jam… Ish! Pukul berapa dah ni?”
“Tiga empat puluh lima”
Syahirah dan Nor Laila menjawab serentak. Sekali lagi ku lihat jadual waktu,kelas praktikal untuk subjek Desktop pukul 4 petang. Kuss semangat. Mampuihlah aku kali ni, dahlah lecturer Desktop tu datang tepat pada masanya, lab komputer tu pula kalau datang lambat alamat tak dapat tempatlah nanti. Melayang angan- anganku tadi. Aku segera berkemas- kemas, membetulkan tudung yang tidak sempat dibuka sejak tadi. Sapu bedak sikit kat muka. Ok siap! Dah manis dah. Nor Laila dari tadi tak kedip mata memerhatikan aksi- aksi hebatku. Syahirah yang agak keletihan pula sudah melayarkan bahtera ke samudera impiannya. Ku lihat jam di tangan ada lima minit lagi sebelum ke pukul empat.
Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan aku terus melangkah deras menuju ke bilik komputer yang letaknya berhampiran dengan perpustakaan. Nasib baiklah hostel dekat dengan perpustakaan.
“Laju cik adik”
Tegur seorang pemuda. Aku berjalan terus. Selang dua tiga langkah aku menoleh semula ke arah suara itu. Eh! Admire akulah. Sewelnye aku tak jawab. Pemuda itu pula hanya tersenyum melihat tingkah ku yang dalam keadaan serba tak kena lalu diapun meneruskan langkahnya. Mungkin hendak ke perpustakaan, fikirku. Apa- apapun dia menegur aku kali ini. Hilang terus keresahan dalam hati pasal kuliah. Sampai saja ke bilik kuliah kawan- kawan yang lain sudahpun berada di tempat masing- masing. Akupun segera mecari tempat yang masih kosong. Nasib baiklah Sir Adam yang mengajar subjek Desktop ni tak sampai lagi. Selamat aku! Tapi, aku masih terbayangkan wajah admireku tadi, geramnya tak jawab sapaannya tadi. Hoi! Kat kelas pun sempat nak berangan- angan ke? Bisik suara hatiku. Aku senyum sendiri. Sepanjang kuliah petang itu aku lebih banyak terbayangkan wajah admire aku itu. Alahai, budak tu pun bukannya hensem sangat tapi kalau tengok senyumannya bisa gugur jantung aweks- aweks yang memandangnya tau! (hehe..aku pun!)
“Ok time up, so you all can go now”
Hanya itu kata- kata yang keluar dari mulut Sir Adam yang sempat masuk ke dalam telingaku. Aku segera meninggalkan bilik kuliah.
***
Malam itu aku studi di dalam bilik sahaja. Syahirah dan Nor Laila juga tidak ke mana- mana. Semuanya sedang sibuk menelaah buku masing- masing sambil dihiburkan dengan alunan lagu- lagu terkini dari stesen radio Era.
“Hai semalaman mata tak mahu lelap… Haa itupun dia, tapi bila dia akan pandang muka ni?”
Tiba- tiba suara iklan kegemaranku ku udara melalui radio mini milik Syahirah itu. Aku apalagi teruslah teringatkan admire aku itu. Yang nyata hari ini dia pandang kat aku dan menegurku. Yess!!! Ada respond, kata hatiku girang.
“Hai senyum sorang nampak, hang ingat kat marka ka?”
Nor Laila memulakan perbualan pada malam itu setelah agak lama masing- masing mendiamkan diri.
“Kawe kite ni mabuk cinta!!”
Celah Syahirah pulak seperti tahu apa yang sedang bermain- main dalam fikiranku.
“Betul ke ni, hang tak cerita pun kat kita?”
Nor Laila mencelah pula sambil tersenyum- senyum ke arahku. Mungkin sekali ingin mendapatkan cerita sebenar dariku.
“Apalah engkorang ni, tak boleh tengok orang senang sikit ker?”
Aku berkata lagak seorang perempuan yang tengah bengang akibat usikan balak- balak murahan di tepi jalan.
“Eh marah pula cik adik kita ni. Tapi takpelah kalau dah tak sudi nak kongsi cerita dengan kita ni”
Syahirah mula menunjukkan muka seposennya. Ha merajuklah tu konon. Dahlah aku ni jenis mudah makan pujuk!
“Takde apa- apa yang menariknye. Honey mana ada mabuk cinta”
Selamba badak juga aku ni, tapi sebenarnya tengah gabra takut disoal siasat dengan lebih lanjut lagi oleh budak berdua ni.
“Kalau hari- hari tengok muka tu senyum sorang- sorang tak ke ada apa- apa namanya. Emm, kalau ye pun dapat tau nama balak yang malang tu pun dah kira ok”
Syahirah berkata lagi. Ada ke dia kata budak tu malang dapat aku? Chiss!!
“Ha ahlah Honey, bagitaulah kat kita ni sapa dia budak tu”
Nor Laila pula bersuara dan kini sudahpun berada di hadapan meja tulisku. Aku nak taknak akhirnya bersuara kembali setelah didesak berkali- kali oleh dua orang sahabatku itu.
“Nama dia Zack, Syed Zaki. Budak Communication juga macam Honey cuma dia ambik pengkhususan dalam Perhubungan”
Laju benar ayat- ayat tu keluar dari mulut ku. Syahirah dan Nor Laila pula sejak tadi tidak berkesempatan memotong kata- kataku apatah lagi untuk bersuara.
“Dah lama Honey admire kat dia. Hari ni dia tegur Honey tau!”
Aku menambah lagi, nak selindungkan pun dah tak ada gunanya lagi fikir hati kecilku.
“Patutlah seharian dok senyum je”
Nor Laila berkata setelah lebih banyak mendengar dari tadi. Aku tersipu malu. Kalau tengok kat cermin mesti muka aku ni nampak macam pelakon opera Cina yang kena tempek bedak tebal- tebal kat muka tu. Pucat!
***
“Jib, petang tadi aku nampak awek cun tu”
Syed Zaki membuka lembaran perbualan malam itu.
“Awek mana pula ni?”
Najib bertanya untuk kepastian.
“Setahu akulah engkau tu awek keliling pinggang”
“Alah Jib ni, buat- buat tak tau pulak, awek cun yang Zack maksudkan tu bukannya Jib tak kenal”
“Siapa dia?”
“Ria Raihani”
Najib terdiam seketika, mungkin cuba mengingati nama yang baru disebut oleh Zack sebentar tadi.
“Haa.. Jib ingat sekarang, Budak tu pernah sekelas dengan kita sem satu dulu kan?”
Syed Zaki hanya mengangguk, mengiyakan kata- kata rakan sebilik merangkap rakan sekuliahnya itu.
“Sejak bila pula Zack admire kat budak tu?”
Najib bertanya lanjut. Walaupun cerita tentang Ria Raihani itu pernah diceritakan oleh Syed Zaki padanya tetapi kini dia sudah hampir melupainya.
“Sejak kita satu kelas dengan dia dulu”
“Ooo… macam tu!”
Bulat saja bibir Najib yang tebal itu mendengar cerita dari rakannya itu.
“Aku jumpa dia petang tadi depan library, nampak macam tergesa- gesa je jadi aku pun tak jadi nak tegur”
“Tak kan tak tegur langsung, peluang tu…!”
“Takde respond nak buat macamana”
Syed Zaki menunjukkan wajah hampanya. Mungkin sekali kerana Ria Raihani tidak menjawab tegurannya petang tadi.
“Zack kata dia dalam keadaan tergesa- gesa, mungkin sebab tu lah dia tak perasan kat Zack”
Najib cuba membuat andaian. Mungkin juga fikir hati kecil syed Zaki pula.
***
Sebentar lagi aku kena hadiri kelas Desktop. Kalau nak tahu masuk aje kelas ni bermakna aku menghabiskan masa satu jam dengan sia- sia saja. Apalagi kalau bukan dengan Sir Adam tu. Hishh! Tak baik kata macam tu Honey, buatnya Sir tu tak bagi engko lulus exam nanti, sapa yang naya? Honey juga!! Daripada fikirkan pasal Sir Adam lebih baik aku angan- angan kejap dekat admire aku tu. Harap- harap kali ni aku dapat jumpa dia lagi macam semalam. Aku dah rancang, kalau kali ini dia tegur aku macam semalam aku tak akan lepaskan peluang keemasan itu untuk tegur dia balik.
“Ring..ring!”
Jam locengku berdering kuat membuatkan lamunanku terhenti begitu saja. Nasib baik bunyi kalau tak tentu aku buat hal lagi macam dulu. Aku segera bersiap- siap untuk menghadiri kelas teori untuk subjek Desktop tepat jam 11 nanti. Aku membetulkan tudung biruku yang sudah agak berkedut, maklumlah dah seminggu dipakai. Aku senyum sendiri, melihat pada wajahku di cermin bersyukur pada Ilahi yang mengurniakanku kecantikan semula jadi dan tak mungkin akan ku sia- siakan anugerah ini. Syukur padaMu Ya Rahman Ya Rahim.
Aku berjalan pantas menuju ke kelas S101. Kali ini agak jauh dari hostel namun ianya sudah menjadi rutin untukku. Di kiri kananku pelajar- pelajar lain juga sedang menuju ke kelas masing- masing. Eh! Admire ada kat depan akulah. Aku memperlahankan langkahku, pura- pura tak nampak, harap- harap dia tegur aku.
“Assalamualaikum”
“Haaa…!!”
Ya Allah, kenapalah aku ni bengap sangat. Kalau excited sangatpun janganlah tunjuk perangai tak senonoh macam tu! Teriak hati kecilku. Rosak rancangan.
“Eh! Emm.. maaf, wa’alaikumsalam”
Haa.. macam tu kan elok.
“Nak ke kelas ke?”
Tanya Syed Zaki, nampak sangat aku buat dia terkejut tadi. Muka dia pun dah merah- merah tu.
“Yup!”
“Oh. Sayapun nak ke kelas juga”
Tak tanyapun, sempat juga aku jawab (tapi dalam hati jerr). Kalau diberi peluang lebih baik aku tatap wajah dia tu puas- puas daripada memikirkan jawapan kepada setiap soalan yang diajukannya itu.
“Saya Zaki, Syed Zaki”
Nampaknye dia masuk perngakap sendiri ni. Hehe!
“Saya...”
“Honey!!”
Ish! Sapa pulak yang potong stim ni! Aku segera menoleh ke arah suara yang memanggil nama ku itu. Zaleha sedang melambai- lambaikan tangannya ke arahku. Aku buat- buat senyum ke arahnya. Ku lihat Syed Zaki seperti hampa. Honey pun hampa juga! Nanti kau Leha! Aku kerat- kerat lidah kau tu! Kalau bukan kau yang kacau dah lama aku dapat si Syed ni. Amboi! Tinggi jugak impian aku ni. Hehe!
“Saya dah sampai dah”
Aku meninggalkan Syed Zaki dalam keadaan terpingga- pingga.
“Nice talk with you Honey”
Satu senyuman dilemparkan kepada ku. Wow! Kalau buleh nak pengsan sekarang juga kat depan dia. Biar dia yang sambut. Hehe! Dia panggil aku Honey! Sempat juga dia mengenyitkan mata kepada ku. Macam couple yang tengah bercintan- cintun pulak! Aku pura- pura tidak melihatnya lalu segera menuju ke arah Zaleha rakan sekelas ku yang kecil molek itu. Hatiku mula berbunga. Bunga- bunga cinta!
“Ehem! Romantik nampak”
Usik Zaleha. Aku mencubit lengannya.
“Adusss!”
“Ha! Taupun sakit, usik lagi. Kang aku tarik hidung tu pula”
Aku memberi amaran. Namun di hati hanya Tuhan yang tahu betapa hari ini hari yang amat menggembirakan buat ku. Macam nak terbang pun ada. Hehe! Mungkin dia juga minat kat aku? Bestnye! Hari ni bermakna dah dua kali dia tegur aku. Semuanya melalui kelas Desktop. Ada juga untungnya masuk kelas Sir Adam ni bisik hati kecilku. Hai! Alamatnye tak masuk otak lagilah apa yang akan diajar oleh Sir tu. Dan seperti biasa perkataan terakhir yang keluar dari mulut Sir Adam yang dapat ku tangkap hanyalah ‘time is up’. Aku senyum sendiri. Indahnya oh admireku !
***
Petang Sabtu itu aku sudah berjanji dengan Zaleha untuk mengulang kaji pelajaran bersama di perpustakaan. Ketika aku sampai Zaleha sudahpun berada di hadapan pintu masuk dengan muka yang agak berlainan dari biasa. Senyum lebar sampai ke telinga. Mungkin juga ada sesuatu yang menarik hati.
“I have something for you”
Katanya sambil mengangkat beberapa buah buku rujukan di tangan.
“Apa dia?”
Aku mulai tertanya- tanya.
“Kita masuk ke dalam dulu”
“Janganlah buat aku surprise Leha”
Aku semakin resah. Aku segera mengekorinya masuk ke dalam perpustakaan yang agak besar dan dingin itu.
“Wow! Semakin glamer nampak”
Zaleha berkata setelah kami mendapatkan sebuah tempat duduk yang agak jauh dari pelajar- pelajar lain.
“Leha please!”
“Ok, calm down Honey”
Zaleha cuba menenangkanku. Seraya menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih kepadaku.
“Apa ni?”
“Baca dulu baru tau”
Zaleha membantuku membuka lipatan surat yang ada di dalam surat itu. Surat itu disuakan ke arahku.
“Bacalah cepat”
“Haa…!”
Tiba- tiba saja suara katakku keluar dari mulut tanpa diduga. Semua mata yang berada di dalam perpustakaan itu tertumpu ke arahku. Malunye! Apa taknya, surat itu datangnya daripada admire ku.
“Leha siapa yang bagi surat ni?”
Aku meminta kepastian daripada Zaleha.
“Najib, budak sekelas Leha dalam kelas PR”
Aku cuba mengingati nama itu. Ya, aku ingat sekarang, budak itu pun pernah sekelas denganku semester dulu. Surat tanpa diduga itu membuatkan sesi ulangkaji yang sepatutnya dijadualkan petang itu tertunda. Zaleha yang tidak senang melihat keadaanku menyuruhku untuk balik sahaja. Aku juga berpendapat demikian. Kalau hati dah tak tenang apa yang dibaca bukannya boleh masuk otak lagi.
***
Selesai saja solat Isya’ malam itu aku segera mengeluarkan surat yang tak diduga itu.
Buat Saudari Ria Raihani,
Semoga surat yang tidak diundang ini tidak mengganggu tugasan saudari Honey ketika ini. Saya ni tak pandai jiwang- jiwang, apa- apapun terus terang saya katakan
yang saya sebenarnya amat meminati saudari Honey. Mungkin saudari Honey tidak menyedarinya, tapi sejak kita berada dalam kelas yang sama dulu hati ini tergerak untuk mengenali saudari Honey dengan lebih dekat lagi. Mungkin juga saudari Honey kurang percaya tetapi itulah hakikatnya! Saya harap agar kita dapat menjadi kawan kalau diizinkan lebih dari itu pun boleh!
Salam mesra berpanjangan dari saya,
Syed Zaki


19/4/11
Aku senyum sendiri setelah selesai membaca surat yang amat bermakna itu. Sesungguhnya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Syed Zaki juga meminati aku selama ini.
“Yes!!”
“Honey what happen?”
Syahirah dan Nor Laila bertanya serentak.
“Er.. emm.. sorry, silap teknik”
Aku cuba menyembunyikan keadaan yang sebenar.
“Oh! Pandai sembunyi ye. Surat tu mesti dari Syed Zaki”
Syahirah sempat melihat surat yang aku sembunyikan di bawah timbunan buku yang berselerak di atas meja ku.
“Syed minat kat aku juga!”
Kerana terlalu gembira aku terus memberitahu hal sebenarnya. Aku senyum sendiri. Tak sabar rasanya menanti hari esok, sesungguhnya aku juga meminatimu Syed Zaki, bisik hati kecilku.
***
“Tak sangka dari memendam perasaan dan saling meminati akhirnya kita disatukan juga”
Syed Zaki berbisik ke telingaku ketika majlis membatalkan air sembahyang sedang dilakukan setelah kami selamat diijab kabulkan. Aku tersenyum malu, lalu satu kucupan hangat singgah ke dahiku. Sesungguhnya aku bersyukur pada Ilahi, orang yang aku minati kini telah menjadi milikku buat selama- lamanya.. Mungkin inilah yang dikatakan impian kasih…Terima kasih ya ALLAH..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, April 12, 2011

.::Insan Bernama Adie::.

Views
Assalamualaikum...
Ana xtau nak kongsi apa pula kali ni.. ana nak mnta keizinan dgn shabat2 sekalian untuk ana masukkn entry cerpen..  sebelum ni cerpen ni ana post kt facebook ana.. tp kali ni ana nk post kt blog pl.. semoga shabat dpt baca dgn tnang ye,, wallahualam...






"Adie...!!...adie..!!!

Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu saja di pukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat. Adatlah, kanak-kanak memanglah begitu.

Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain.

"Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Azman, teman sekelasnya.
"Tak naklah. Kita penat,"jawabnya acuh tak acuh sambil menggeleng.
"Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat. Pelan-pelan pun boleh saja," pujuk Azman.
"Tak mau lah. Awak pegilah. Kita tengok saja," jawabnya lagi.

Akhirnya Azman mengalah dan berlari ke arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka.

"Adie!" tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam rumah.

Segara dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak pinggang di depannya.

"Kau dah buat kerja sekolah belum?" tanya ayah.
"Hari ni tak ada kerja sekolah," jawabnya perlahan.
"Habis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar" herdik ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya. "Yang berdiri terkebil tu Kenapa. Pergi baca buku," herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya.

Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi cengkungnya. Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan. Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggup lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah.

Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darah kata nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya.

Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama. Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalah dapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul. Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari ini dia ke sekolah seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke bilik darjah.

"Adie! Tunggu kita," jerit suara kecil dari belakang.

Azman berlari terkedek-kedek mengejarnya. Adie hanya tersenyum kecil memandang Azman.

"Awak nak datang kat rumah kita tak nanti lepas sekolah?" tanya Azman sambil mereka berjalan seiringan menuju kebilik darjah.
"Boleh ke? Mak dengan ayah awak tak marah ke?" tanyanya ragu-ragu.
"Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik," jawab Azman sambil tersengeh.

Azman memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Adie suka berkawan dengan Azman. Azman baik. Selepas sekolah Adie
ke rumah Azman. Emak Azman tersenyum mesra semasa mereka sampai.

"Marilah makan dulu Adie. Lepas makan baru belajar," pelawa Emak Azman sambil tersenyum. Adie hanya tersenyum malu.
Baiknya emak Azman. Kalau mama Adie masih hidup tentu mama pun baik macam ni. Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal belacan, ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak Azman masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Adie.

"Makan banyak-banyak sikit Adie. Kamu tu kurus sangat," kata emak Azman sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Adie hanya mengangguk malu.
"Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi macam si Azman ni ha, tembam" usik ayah Azman pula.

Azman hanya menjelir lidah pada ayahnya. Ketawa berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu dengannya. Untung Azman dapat keluarga yang baik. Bila terkenangkan ayahnya Adie mula terasa sedih. Air matanya di tahan. Malulah kalau menangis ada depan orang. Adie dan Azman belajar bersama. Ayah Azman telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Azman sibuk menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka.

Adie menerangkan kepada Azman beberapa masalah matematik. Adie sememangnya lebih pandai dari Azman. Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali diajar sudah tentu difahami dan dihafalnya. Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke jam 4 petang. Adie panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah. Segera dia mengemas buku-bukunya. Adie bergegas pulang. Berlari-lari anak dia pulang rumah.

Sewaktu menaiki tangga rumah hatinya berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan ayah.

Nenek!!! "Biarlah saya bawa Adie pulang ke rumah saya Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. kasihan saya tengok dia tu, makan pakai tak terurus" "Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya," ayah bersuara acuh tak acuh.

"Janganlah kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kasihan dengan Adie tu saja," nenek cuba memujuk ayah.
"Mak ingat mak boleh menjaga si Adie itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang begini pun masih tak balik-balik lagi. Ke mana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah," terdengar nada marah di suara ayah.

Adie hanya diam berdiri ada belakang pintu. Menggigil ketakutan.



"Adie tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia?"
"Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi," jerkah ayah.
"Bukan dia yang mengadu Jusoh. saya ni bukan buta. Birat-birat badan budak tu kau kerjakan. Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati tu kan
di tangan Tuhan,"
"Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah saya menjaganya,"

Adie membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahnya.

"Nenek," jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium hormat.
"Dah besar dah cucu nenek ni," ujar nenek.

Ada nada sayu yang terselindung. Pipi Adie dicium lembut

"Kau ke mana ha Adie?" herdik ayah.

Tersentak Adie. Adie tunduk memandang lantai. Nenek mengusap lembut rambutnya.

"Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja," nenek membelanya.
"Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala," marah ayah.
"Adie, pergi tukar baju sekolah tu. Kotor nanti," ujar nenek lembut padanya.
"Baiklah nek," terus dia berlalu ke biliknya.

Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya pergi. Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah selalu marah padanya. Patutlah ayah benci dirinya. Adie terus menangis tersedu-sedu. Tangisannya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang.
Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah menyinga.

"Ke mana kau marayap hah?" jerkah ayah. Dia hanya diam sambil air mata mengalir ke pipi.
"Jawab!" tengking ayah. Tersentak dia.
Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis.
"Orang pergi rumah Azman," jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambil menahan sendu.
"Kenapa? Kau dah tak ada rumah?" marah ayah lagi.

Adie hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Adie terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin kuat.

"Kau tak dengar saya tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak merempat ke rumah orang?" tengking ayah sambil menarik telinga Adie. Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah.
"A..die, Adie pergi belajar kat rumah Azman," jawabnya tersedu-sedu.
"Ooh, belajar. kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak. Anak tak sedar diri," jerit ayah lebih kuat.

Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Adie merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya. Darah. Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Adie disepak.

Adie merintih penuh kesakitan. Tapi Adie tidak melawan. Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia merasakan yang dia memang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Adie rasa berdosa pada mama. Ayah menarik telinga Adie lagi dan sekali lagi penampar ayahnya hinggap di pipinya. Adie tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Adie yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya. Pandangan Adie mula kabur. Dia tidak lagi bergerak.

Semuanya bertukar gelap...

Adie terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal. Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik.

"Adie! Adie! Bangun! Kau dah tak nak sekolah," garang suara ayahnya.

Adie cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat. Penangan ayah semalam masih terasa. Tubuhnya terasa begitu lemah.
Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkah masuk.

"Tidur lagi!" jerkah ayah.
"Aa..Adie rasa tak sihat ayah," jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar.
"Sudah, jangan nak mengada-ngada," marah ayah sambil menarik tangannya.

Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga untuk berdiri.

"pergi mandi," ayah menolaknya ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah tetapi di kuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit.

"Adie," terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya.

Dia memandang Cikgu Roslee kosong.

"Siapa yang buat kamu macam ni?" tanya Cikgu Roslee sambil mengusap rambutnya.

Adie hanya diam membisu. Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Adie merasakan kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar Cikgu Roslee memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat. Kepalanya tidak terasa berat atas berdenyut. Dia membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek dan Mak Usu. Nenek menangis. Ayah pun menangis. Tidak pernah dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya. Tiada tanda-tanda kemarahan dan kebencian di wajah ayah.

"Maafkan ayah nak," suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Adie tak faham kenapa ayah dan nenek sedih.
"Kenapa semua orang sedih," tanya Adie dengan kepayahan.
"Janganlah sedih. Adie cuma nak pergi jumpa mama. Adie nak minta maaf pada mama. Adie rindu mama," Adie bersuara perlahan dan dia tak tahu kenapa perkataan itu yang terungkap di bibirnya.
"Oh Adie! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan tinggalkan ayah!" ayah merayu.

Air mata mengalir di pipi ayah. Adie merasakan tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek, kemudian ayah dan akhirnya ke arah mak usu. Pernafasan Adie mula tersekat-sekat dan akhir dada si kecil terhenti berombak. Senyuman Adie masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya.

Menurut doktor, Adie mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang kuat. Dia juga kepatahan beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan pada paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya...Insan kecil bernama ADIE...
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul