Suatu ketika di Mesir terdapat seorang lelaki yang tinggal di masjid. Tugasnya mengumandangkan azan apabila masuk waktu solat. Dia sangat taat kepada ALLAH s.w.t dan selalu beribadah. Setiap kali masuk solat dia ke menara untuk mengumandangkan azan.
Di bawah menara tersebut terdapat sebuah rumah milik keluarga yang beragama kristian. Suatu hari, dengan tidak sengaja tersebut menoleh lalu terlihat olehnya seorang gadis cantik di dalam rumah itu. Dia tertarik dengan gadis itu lantas turun, tanpa mengumandangkan azan seperti biasa, demi menemui gadis itu.
Setelah berhadapan dengannya, gadis itu bertanya: “Apakah yang engkau mahu sehingga dating ke rumahku?”
Jawab lelaki itu: “Aku inginkan kamu.”
“Kenapa kau suka kepadaku?” Tanya gadis itu.
Lelaki itu menjawab, “Kerana engkau telah merampas semua keinginanku dan aku telah jatuh hati kepadamu.”
Gadis itu berkata, “Aku tidak boleh bersama denganmu kerana perbezaan agama dan tidak mungkin akan berlaku.”
“Tidak, aku tidak peduli. Aku ingin bernikah denganmu.” Balas lelaki itu.
Gadis itu berkata lagi, “Tetapi aku seorang Kristian dank au beragama Islam. Sudah pasti ayahku tidak mengizinkanku untuk bernikah denganmu.”
Lelaki itu membalas, “Jika demikan, aku rela memeluk agamamu.”
Gadis itu menjawab, “Baiklah, jika itu kemahuanmu aku bersedia untuk bernikah denganmu.”
Akhirnya lelaki yang begitu warak itu menukar agamanya demi gadis tersebut. Dia kemudian tinggal bersama gadis pilihannya. Tetapi malang, umurnya tidak panjang. Ketika dia berjalan di lantai rumahnya, dia terjatuh lalu terus menemui ajalnya.
Begitulah, matinya dengan sia-sia kerana belum sempat menikmati kehidupan bersama perempuan idamannya itu. Dia juga telah kehilangan agamanya kerana terpikat dengan kecantikan yang sesaat iaitu kenikmatan duniawi yang tidak abadi.

No comments:
Post a Comment