Kembara Hati Seorang Hamba: .::Utamakan Pandangan Allah daripada Pandangan Manusia::.

Saturday, May 21, 2011

.::Utamakan Pandangan Allah daripada Pandangan Manusia::.

Views
ASSALAMUALAIKUM...
Kali ni ana nak masukkan entri yg ana baca dari blog PEMBINA perlis...

.....................................................................................................................................................................




Seorang Hamba Allah (sifulan A) sedang bersiap-siap untuk ke kuliah pada hari tersebut.Dia sedang memikirkan tentang pakaiannya yang tidak berapa menarik lalu dia bertanya kepada seorang sahabatnya (sifulan B) yang tinggal sebilik.


Sifulan A : Aduh…macam mana ni yea..saya rasa baju ni tak cantik la..kamu ada baju yang lebih bagus..?

Sifulan B : Kenapa tak pakai ja baju kamu tu? Saya rasa tak ada masalah,malah lebih menutup aurat lagi.

Sifulan A : Ishh..mana boleh,saya nak kelihatan lebih menarik di khalayak ramai.Kalau saya pakai baju ni,tak menarik la…

Sifulan B : Hmm…saya nak tanya kamu,tolong jawab dengan jujur yea..,apa tujuan kamu memakai pakaian?? Adakah disebabkan untuk menutup aurat atau menunjuk-nunjuk kecantikan yang kamu miliki?

Sifulan A : Hmm..(nada yang sedih)Saya tahu saya jahil.Kamu ni..membuatkan saya sedar atas niat saya selama ini..Saya akui,sebelum ini saya selalu nak tampil cantik di khalayak ramai tanpa memikirkan dosa atau pahala atau kerana Allah.Saya lebih memilih hawa nafsu dari syariat Islam.

Sifulan B : Alhamdulillah kalau kamu boleh terima teguran saya walaupun sedikit.Saya harap selepas ini,kita sama-sama perbaiki kelemahan diri sendiri.Jadi,pakai lah baju awak ni,mungkin lebih menarik di mata Allah..(memberi senyuman).

Sifulan A : Terima kasih sahabatku atas peringatan kamu kepada saya.Tolong bimbing saya selepas ini,mungkin saya kurang ilmu tentang agama.Saya akan berusaha untuk berubah selepas ini.

Sifulan B : Ya,sama-sama.Kalau saya ada melakukan kesilapan minta tegur kerana kita kadang-kadang terlalai dengan nikmat dunia.Eh..lambat ni,jom kita ke kelas sekarang..:)



KESIMPULAN:
Sebagai hamba Allah yang bertaqwa,kita mestilah mengikut apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Dalam konteks berpakaian,tak salah kalau kita nak tampil cantik tapi mesti berlandaskan syariat Islam dan jangan terlalu terlampau dalam berpakaian. Kita sebagai umat Islam harus menunjukkan contoh yang baik kepada orang yang bukan Islam. Hal ini kerana,manusia sering melihat kita dari segi luaran dan tak bermakna dalaman kita tak menjaga. Sekiranya dalamannya baik maka akan melahirkan luaran yang baik.
Islam adalah mudah dan tidak menyusahkan umatnya. Apa salahnya kalau kita bersederhana dalam berpakaian. Selain diri kita selamat dari fitnah sekeliling,kita dapat meningkatkan keimanan kepada Allah. Disamping itu,kita dapat terhindar dari menaikkan nafsu lelaki terhadap wanita dan membantu kaum lelaki untuk menjaga imannya.
Niat dalam sesuatu perkara amat penting seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam Hadis pertama tentang niat. Daripada ini kita dapat tahu bahawa niat memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap perbuatan kita bergantung kepada niat,jika niat kita baik maka baiklah tapi kalau niat kita jahat maka jahatlah jadinya dan bertambahlah dosa kita. Oleh itu,marilah kita sama-sama meluruskan niat kerana Allah SWT dalam setiap amalan kita kerana jika kita niat kerana Allah,itu telah dikira sebagai ibadah.
Sekarang kita lihat betapa ramainya umat Islam yang lebih mementingkan fesyen-fesyen terbaru untuk lebih kelihatan cantik. Terlalu berfesyen adalah pengaruh dari syaitan untuk memesongkan umat Islam. Bersederhanalah dalam berpakaian dan kita mesti utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia kerana itu lebih mulia di sisi Allah SWT. Kenapa kita nak pedulikan manusia yang tak suka dengan penampilan kita yang lebih baik tetapi kita mesti ingat bahawa dengan penampilan yang menutup aurat secara keseluruhan adalah sangat disukai Allah dan ini apa yang Islam syariatkan.
Segala apa yang Allah larang,ada hikmahnya. Oleh itu,kita wajib mengikutinya untuk kebaikan diri sendiri. Kita tak perlu untuk menunjukkan perhiasan yang kita miliki untuk tontonan umum kerana suami kita pun membayar mahar kepada kita untuk melihatnya. Renung-renungkan. Semoga kita dapat meluruskan niat kerana Allah untuk mencapai redha Allah.

...................................................................................................................................................................
Sumber :
Ifa
Ahli Media Pembina Perlis

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comment:

Izzati Hashim said...

salam alaik.

setuju, setuju. pentingkan pandangan Allah dari pandangan manusia. Pentingkan pandangan Allah tapi pada masa yang sama bila manusia melihat tergambar Islam yang ada (=

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul