Kembara Hati Seorang Hamba: ::Teguran Itu Penting::

Wednesday, May 25, 2011

::Teguran Itu Penting::

Views
“Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.”
Ayat yang saya tulis di atas adalah antara kata-kata cerdik pandai tentang orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku dimana-mana, dalam pemerintah kerajaan, dalam syarikat-syarikat, dalam persatuan, dalam usrah, halaqah, taklim, mahupun dalam suatu hubungan ukhwah yakni antara akhwat dengan akhwat.
Teguran boleh berlaku kepada dua, secara asasnya, teguran yang membina, yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tak kurang juga akhwat yang tak suka ditegur. Ya. Tidak Suka!

Sifat manusia yang diketahui adalah hanya bersedia ditegur apabila apabila dia yang membutuhkan keadaan tersebut. Contohnya, Akhwat A pergi ke Akhwat B dan ingin meminta teguran dan nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Akhwat B akan didengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut. Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
Manusia memang tidak lari daripada berbuat kesilapan,yang berbeza hanya sedikit dan banyak. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersikap trully dan hidup.
Dalam dakwah, ataupun apa sahaja perkara, jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. Sesuatu yang agak pelik apabila seorang akhwat sentiasa menyuruh akhwat yang lain rajin bangun malam untuk tahajud, sedangkan diri dia sendiri sentiasa berselubung di dalam selimut. Sebab itu, kalau kita suka menegur, pastikan dahulu teguran iu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Teguran itu biasanya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang lain. Sebab itu, apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang yang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tapi awal-awal anda mahu merobohkannya.
Kata Hukama,
“Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain.”

Manusia memerlukan ‘cermin’ bagi meneliti diri mereka. Jadi sekarang cuba sama-sama kita menganggap orang sekeliling adalah cermin bagi kita. Bukankah susah kita memakai tudung tanpa melihat cermin, duhai ukhtifillah ku?

Setiap orang yang menegur pasti juga sedia ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Haya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyarat terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri kita sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya tiga jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri! Itu adatnya.
Sekadar renungan untuk kemajuan dakwah bersama. Wallahualam.
“Sampaikanlah yang benar walaupun ianya pahit….”

..................................................................................................................................................................

Entri ni ana copy drpd web PEMBINA PERLIS 
Sumber:
Farah Alina binti Ab. Aziz

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul