Kembara Hati Seorang Hamba: .::Bakhil musuhku::.

Sunday, June 12, 2011

.::Bakhil musuhku::.

Views
“Syukur ya ALLAH kerana Engkau sentiasa menyayangi hambaMU ini.
Dalam kesempatan yang Engkau kurniakan inginku berkongsi dengan hamba-hambaMU yang lain agar kami tidak terpesong dari jalanMU.”


Assalamualaikum….
Apa khabar ya sahabat-sahabat seperjuanganku.. Syukur Alhamdulillah kerana ana masih berkesempatan untuk beramal dalam menjalankan dakwah Islamiah ini dengan memberi perkongsian yang ana dapat dan perolehi daripada kurniaanNYA… Mungkin entri kalinya biasa didengar oleh antum sekalian.. dan mungkin juga antum tahu lebih mendalam daripada ana.. Jika betul, anggap ini hanyalah ulangkaji kepada kita.. InsyaALLAH…


Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood. Di susun oleh seorang sahabat kita. Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku! telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia  menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang  taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil  pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung  azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau  setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api  neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
                        Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk! . Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.


Semoga cerita di atas dapat kita ambil iktibar bersama. Tidak rugi jika kita jadi pemurah. Malah kita dapat balasan syurga. Oleh itu dermalah apa sahaja yang kita ada dari segi tenaga, harta ilmu dan sebagainya.

Sifat bakhil atau kedekut adalah dicela(mazmumah) oleh syarak.
Ianya adalah sifat yang membawa kepada kebinasaan di akhirat. Lihat firman Allah swt.


وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ
سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. surah Al-Imran ayat 180






Di sini ana ingin menyatakan bahawa ana takut menjadi bakhil, ana sentiasa memberi pertolongan dan menderma apa yang ana ada seperti ilmu.. ana jalankan sebelum ana berkecenderung dalam dunia fantasi blogging dan facebook, ana gemar memberi atau mengirim risalah-risalah Islamiah dari segi majalah mahupun buku. Sehinggakan baru-baru ni ada sahabat bertanya, kenapa perlu menjalankan dakwah sebegitu? Membazir duit je!.. Bagi ana duit bukan segalanya. Ana poskan risalah bukan nak kan balasan duit. Tetapi balasan amalan dan doa. Ana ingin kita semua beramal demiNYA. Jika antum bertanya kenapa ana berbuat demikian, ana akan jawab kerana DIA dan cintaNYA. Ana inginkan cinta daripadaNYA. So, sesiapa yang ana kirimkan risalah-risalah tersebut, ana harap antum dapat beramal. Ana tak memerlukan balasan dari antum.

p/s: Terima kasih kepada Ukhti Nazihah kerana perkenalkan ana kepada dunia blog. Dan buatkan ana blog ni.. syukran ya ukhti.. ana mgkin xdpt nk balas apa2.. semoga brg2 kiriman ana dapat membalas jasa ukhti ni.. Syukran sekali lagi..:)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul