Kembara Hati Seorang Hamba: Hubungan Hati dengan Allah dan Individu

Monday, June 13, 2011

Hubungan Hati dengan Allah dan Individu

Views


Assalamualaikum....
Menggapai hati yang bahagia haruslah dihiasi coarak IMAN & ISLAM...


 

 

Hubungan hati dengan Allah mengaitkan antara rasa hati kita, apa yang wujud di dalam hati kita dengan sifat-sifat dan nama-nama Allah yang mulia.


Di dalam hati kita ada bermacam-macam rasa, bermacam-macam sifat dan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Ada rasa benci, marah, sayang, kasih dan lain-lain lagi. Begitu juga sifat berani, takut, malu dan lain-lain. Semua ini adalah kekuatan-kekuatan, modal asas untuk kita berhubung dengan Allah.


Allah menyebut di dalam Al-Quran, menceritakan tentang diriNya, tentang ketinggianNya, tentang Keagungannya;





"Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.







Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya"

[ Surah Al-Hasyr : 22 - 23 ]


Allah memperkenalkan diriNya sebagai A'limul Ghaib, mengetahui tiap yang ghaib. Maka kita mesti merasakan kewujudan Allah SWT dengan kebesaranNya serta keAgunganNya dalam setiap detik kehidupan kita. Allah yang Maha Agung dimana-mana, Maha Kuasa di mana-mana, tiada suatu yang dapat kita lindungi dari Allah SWT.


      Proses menghubungkan rasa hati inilah yang sukar; sukar kerana ianya adalah di antara dua perkara 
      ghaib; Kekuasaan Allah dan rasa-rasa, keinginan-keinginan, matlamat-matlamat yang banyak kita 
      sembunyikan dan tersembunyi daripada dunia luar. Keinginan kita, sangkaan-sangkaan kita, 
      hajat-hajat  kita tiada siapa yang tahu kecuali kita sendiri. Tetapi adakah ianya juga tersembunyi
     daripada  Allah?? Di sinilah timbulnya persoalan  A'limul Ghaib Allah SWT. Adakah kita merasai  
     Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hati kita? Mungkin kita perlu duduk dalam satu 
     suasana informal dan bertanya  pada hati dan perasaan kita samada kita merasainya atau tidak.

Jika wujud rasa hati itu barulah terjalin hubungan antara hati kita dengan Allah SWT. Kadang-kadang kita merasakan segan, lebih takut manusia mengetahui niat-niat, sangkaan-sangkaan di dalam hati kita daripada Allah mengetahui, kerana itu kita sembunyikannya daripada rakan-rakan dan sahabat-sahabat, kita sembunyikan daripada dunia. Maka terputuslah hubungan hati kita dengan Allah SWT, yang wujud hanyalah hubungan hati dengan manusia, dengan dunia nyata; bukan dengan Yang Ghaib...


       Begitu jugalah dengan sifat-sifat lain Allah SWT yang Allah ceritakan kepada manusia; perlu kita 
       hubungkan hakikat-hakikat itu dengan jiwa kita setiap masa, detik dan setiap ketika..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul