Kembara Hati Seorang Hamba: .::SABAR::.

Monday, June 20, 2011

.::SABAR::.

Views
Assalamualaikum wbt
Hiasi hatimu dengan corak batik IMAN & ISLAM


Lagu: SABAR
Kumpulan: SAUJANA

hari-hari
tiap pagi
sering terpapar dalam berita
peristiwa ngeri
menyayat hati
apa yang berlaku kini
tak dpt ku mengerti
kita sering sakit menyakiti
ego bertembung
masing2 sombong
amaran kian memuncak
meracun durjana
meresap ke jiwa
kabur mata dan minda
tertutup pintu hati mu budi bicara
hati ke hati

dalam perjalanan
hidup ini penuh pancaroba
kita diuji dan di duga tak mengira masa
hidup perlu kesabaran
menempuhi berbagai dugaan
salah dan silap
harus kita maaf memaafkan

mengapa harus terjadi
manusia membawa sengsara
apa sudah kah terlupa
kita dijadikan khalifa dunia
mengapa harus begini
kita semua hamba ilahi
kasih antara kita
amanah dari yang maha esa

sampai bila kah harus kita semua terima
kian ramai menjadi mangsa keganasan manusia
sampai bilakah bila
ketakutan melanda
kita terkurung dalam penjara larangan
mereka bina sekeliling kita
tiada lagi hari kita di muka bumi
tanpa waspada
ku berlindung pada Allah maha esa
selamatkan la hamba ini

yang sering terjadi
perasaan menjadi pedoman
kemana pergi keimanan damai kepadamu
kita tak punya kuasa menentukan siapa yang benar
kan tiba masanya pengadilan seluruh insan


........................................................................................................................................................

Petikan di atas merupakan salah satu lirik nasyid yang bertajuk sabar.. Nyanyian kumpulan saujana.. namun mengertikah kita apa itu sabar? Bila kah kita perlu bersabar?




SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap itu perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian

Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama.

Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.
Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan. Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang untuk mendapatkan sesuatu.
Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya.

Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.
Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:

 Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.

 Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.

 Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.

 Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.

 Berusaha mencontohi orang sabar.

 Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.

 Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.

 Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih berlebihan, putus asa dan  
 gopoh-gapah.

Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha bersungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati.

Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah wajib.

Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dengan mutu yang baik.

Kesabaran sangat dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan sesuatu pihak menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata memusnahkan diri kita.

Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia bagi memastikan kehidupan dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul