Kembara Hati Seorang Hamba: Virus Merah Jambu

Tuesday, October 18, 2011

Virus Merah Jambu

Views
Assalamualaikum...
bertemu kita kembali setelah lama ana tak buka laman blog ni atas sebab2 yg ana xdpt elakkn.. Apa khabar semua? sihat? Alhamdulillah. semoga sihat2 ye semua. Iman mcamna pl? ok? Harap2 oklah ye..:) kali ni ana nk kongsikan ttg Virus merah jambu









Pernah tak kamu explore komputer hati kamu? Kalau ya pernah tak kamu jumpa sejenis virus yang suka kacau program & fail-fail kat dalam komputer hati kamu? Apa effect virus ni? Biasanya virus ni akan buat hati kita tak tenang tapi seronok sangat & cemburu tapi cinta. Kalau biasa alami kesan ni, tu la virus merah jambu. Nak tau lanjut? Jom baca….

Virus merah jambu atau nama scientific nya virus cinta adalah sejenis virus yang sangat ganas dan biasanya akan mendatangkan penyakit hati pada diri kita, dapat menyerang seluruh network tubuh dan amat susah nak dibuang. Dalam banyak kes yang ditemui, ternyata yang virus ni ditemui pada kebanyakan komputer hati remaja yang masih dalam usia belasan tahun. Tapi ada juga orang dewasa dan tua yang terkena kesan virus ni. Lebih tepatnya kepada mana-mana komputer hati manusia yang beberapa fail OS Imannya telah corrupt.

Dalam survey yang telah dilakukan, didapati antara fail OS yang selalunya corrupt  adalah C:\Iman\CintaIlahi.Exe atau file C:\Iman\Rajinibadah.exe. Ini biasanya berlaku pada orang dewasa dan tua. Bagi remaja, walaupun sistem OS Iman mereka masih baru tapi disebabkan jarang membuka kedua-dua fail ini maka virus ini terus menyerang OS Iman mereka. Mula-mula sistem OS Iman mereka menjadi lembab, antivirus asal IngatTuhan.exe didisablekan seterusnya virus ini akan menginstallkan sendiri satu program SukaHiburan.exe. Akhirnya, virus ini menjalar dan menjangkiti ke seluruh network tubuh mereka.

Nah, kalau dah macam tu apa yang terjadi? Maka mulalah virus ini bekerja mengganggu sistem, program, fail dan sebagainya. Gambar-gambar syaitan yang tertawa keseronokan melihat kegagalan mereka meraih Redha-Nya menjadi wallpaper. Kekadang komputer hati menjadi gelap kerana banyaknya fail-fail baru diinstallkan oleh program SukaHiburan.exe seperti hasad.dll, mazmumah.ini dan cemburu.acl. Akhirnya, virus ini akan menjadikan pusat sistem saraf dan akal mereka hang. Dan bila ini terjadi, maka virus ini akan mengalahkan sistem saraf dan akal yang sedia ada. Virus ini akan memprogramkan semula matlamat hidup mereka kepada “menomborsatukan cinta sesama manusia dan menomborduakan cinta kepada Ilahi”.

Tapi boleh ker kita mencegahnya? Kalau boleh, macam mana? Pihak saintis yang arif tentang komputer hati menyatakan bahawa virus ini boleh dicegah. Terdapat dua kaedah iaitu yang pertama, membuang fail-fail yang dapat menjadi pintu masuk virus ini iaitu cintadunia.exe & takutmati.dll. Lepas tu, installkan software mujahadah.exe & muhasabah.exe. Kedua-dua program ini akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta ini sampai ke akar umbinya. Kalau tak berjaya, gunakan cara kedua iaitu format kembali komputer hati anda dan install OS Iman yang baru…Kamu boleh saja mendapatkan OS Iman ini di kuliah agama, seminar, majlis tazkirah atau majlis zikir. Cara paling baik ialah berjumpa dengan pakar sistem hati agar kamu lebih mudah mendapatkan panduan. Atau biarlah mereka membetulkan komputer hati kamu.

Setelah OS Iman kamu dibaiki, install saja software-software sampingan yang dapat membantu mengelakkan jangkitan semula virus ini. Installkan antivirus yang disyorkan iaitu ingatmati.exe. Utilities terbaik pula adalah al-quran.exe, zikir.exe dan rajinibadah.exe. Ketiga-tiga program ini akan membetulkan sebarang serangan yang dilakukan oleh virus merah jambu@virus cinta ini. Dicadangkan untuk hiburan, installkan saja games  seperti dakwah.exe dan ukhuwwah.exe supaya komputer kamu tidak terlalu berat. Akhir sekali, bacalah readme file (kuatiman.doc) sebagai panduan yang disertakan bersama-sama pakej OS Iman…..Selamat Mencuba

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul