Kembara Hati Seorang Hamba: Cerita Di FACEBOOK

Sunday, May 27, 2012

Cerita Di FACEBOOK

Views
Assalamualaikum semua..
Apa khabar hari ni? Harap2 sihat ye.. bukan je sihat anggota malah sihat iman dan hati..  Kerana itu lah yang penting dalam diri kita. (^__^)V.  Syukur tak terhingga kepada yang Maha Pencipta kerana masih lagi beri nafas untuk saya melakukan kerja harian saya dan justeru berpeluang untuk mengupdate blog saya yang tak seberapa ini.


Kali ini saya ingin berkongsi cerita yang mungkin boleh kita ambil ikhtibar dan menjadi medium semangat untuk kita berdakwah..


Berfikir sebentar..



25 MEI 2012


kenapa dgn tarikh ni? Hehe… jgn silap ye.. ni bukan tarikh hari ulangtahun kelahiran saya.. hehe.. tapi.. ni lah tarikh yang menjadi kenangan buat saya seperti kata amar, secebis kenangan.. Tarikh ini akan saya kenang di dalam hati..Kenapa?? sebab…. tarikh ini merupakan tarikh terakhir saya bergelar mahasiswa Kejuruteraan  di UniMAP atau lebih dikenali Universiti Malaysia Perlis kerana saya ambil keputusan untuk tangguh pengajian walaupun sudah 2 tahun saya di UniMAP..Banyak kenangan manis dan pahit saya lalui di UniMAP yang mungkin saya tidak akan lupa (mood sedih) (:*__*:).. Di UniMAP juga saya kenal apa itu PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL).. Oleh itu, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih Akhi Hamzah Sakeran kerana dari awal saya masuk UniMAP, Akhi lah yang saya kenal dulu.. (^__^).. Akhi Muhammad Hafiz Abdul Rahim dan Akhi Hilman Akil Tan kerana telah menjadi Murabbi saya untuk saya mengenal Islam dgn lebih dekat lagi.. Akhi Meor Muhammad Zulfaidz B. Meor Mohd Zuber, Muhammad Qayyim, Akmal Syamil, dan ikwah IPG perlis.. terlalu ramai kalau saya sebut satu-satu.. Terima kasih semua kerana sudi menjadi sahabat saya yang serba kekurangan ini..Banyak saya belajar dari antum semua.. Maaf jika selama perkenalan kita, saya ada buat silap, terkasar bahasa dan keterlaluan gurauan senda yang menyebabkan tergores hati semua.. Semoga ikatan ukhwah yang kita jalinkan diberkati oleh ALLAH SWT.. Ameen… InsyaALLAH, jika ada rezeki kita bertemu lagi..(^__^)..

Maaf, bukan tu yang saya nak ceritakan.. tetapi ada perkara yang penting nak saya kongsikan.. Cerita di atas tu hanya muqadimah sahaja.. hehe.. maaf… baiklah, kita teruskan..

Kisahnya bermula….


Sebelum tu senyum dahulu.. Seperti adik ni..(^__^)



Pada 21/05/2012 bersamaan hari Isnin, saya rasa bosan jadi saya surf lah internet.. kalau dah surfing ni, dah sah-sah facebook tidak akan dilupakan.. hehe .. but im not facebooker..(^__^)..



Semasa buka facebook, adalah mesej-mesej yang datang.. ada 6 mesej tapi saya tertarik dengan 1 mesej dari seorang pemilik facebook, dia mohon kepada saya agar saya approve friend request dia, saya pun approve.. kebetulan masa tu dia pun online.. so, dia bagi salam kat saya, saya jawab.. dan di situ lah bermulanya cerita.. dia ceritakan dia seorang muallaf berasal dari sabah, tapi saya rasa pelik dan bertanya kenapa dia beria-ia nak saya approve friend request dia, dia pun berkata, dia tertarik dengan page saya ‘Kembara Hati’ dan Blog saya ‘Kembara Hati Seorang Hamba’. Dia pun meneruskan ceritanya.. Dia kata dia baru saja memeluk Islam pada bulan November tahun lalu.. itupun kerana seorang perempuan. 

Dia kata, dia suka sangat dengan perempuan tersebut sehinggakan dia sahut cabaran perempuan tu untuk memeluk agama Islam.. Dia pun pergi lah ke Masjid Terapung Kota Kinabalu.. Namun, dia tidak menyangka dgn apa imam tu berkata.. "kamu tidak boleh masuk Islam sekarang sebab kamu perlu melengkapkan borang dan menandatangani surat akuan sumpah, baru kamu boleh masuk Islam".. Dia cakap dia membalas kata-kata Imam tadi dgn nada yang kasar, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang kah? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab? " Akhirnya imam tersebut menyuruh dia mengucap dua kalimah syahadah.

Setelah memeluk agama Islam di Masjid terapung Kota Kinabalu, dengan hati yang gembira dan perasaan tidak sabar-sabar untuk memberitahu perempuan tersebut untuk keesokan harinya, dia pun pulang ke rumah dan tanpa disengajakan dia terlepas cakap dengan ahli keluarganya, kebetulan ayahnya seorang ahli kuat agama kristian pun berada di sana, semua terdiam.. ayahnya meluru ke dapur, dia ingatkan ayahnya tidak kisah tetapi rupa-rupanya, ayahnya mengambil sebilah parang untuk menetaknya dengan menjerit ‘anak kurang ajar’ dia terus lari dan melompat dari tangga dengan berkaki ayam kerana takut akan ayahnya.. dalam perkejaran itu, sesuatu tidak diduga telah berlaku, dia dilanggar sebuah kereta dan dia hilang ingatan, amnesia sementara, dia tidak ingat agamanya.. keluarganya memberitahu dia beragama kristian.. 

Genap dua minggu dari tempoh dia kemalangan, ingatan dia kembali semula. Dia ingat agamanya iaitu agama Islam.. Dia berasa terkilan kerana keluarganya sanggup bohong kepadanya, dan tambah sedih apabila dia mendapat berita ayahnya meninggal tetapi dia tidak dibenarkan untuk menatap wajah ayahnya. Dia hampir mengalah, namun dengan kehadiran sahabat-sahabat, dapat menambah keimanannya.. dan kini dia merasakan banyak perubahan keatas dirinya yang mana dahulunya dia seorang pemarah namun kini dia seorang penyabar.. Dia berhasrat ingin mengenali Islam dengan lebih dalam lagi, dulu dia kata keluarganya beritahu kat dia yang Islam ni agama pengganas, namun istilah tu hanya satu pembohongan, dia sendiri tidak merasa dia ganas setelah masuk Islam..

setelah saya dengar ceritanya, saya pun rasa terkilan juga atas apa yang berlaku kepada dirinya.. Untuk hilangkan rasa terkilan tu.. saya bertanya, kenapa dia suka blog dan page saya? dia kata banyak info tentang Islam di blog saya, (setahu saya info tentang wanita je bnyak di blog tu) hehe.. dan dia berkata dia menyimpan hasrat untuk melakukan dakwah Islamiah di sabah.. perkataan tu yang buat saya terasa pegun.. iyalah, dia baru saja menganut Islam.. namun dia dah berniat begitu.. Dia meminta saya membantu dia untuk mengajar dia berdakwah.. saya pun bingung sedikit dan tertanya pada diri, kenapa saya yang dia pilih?.. saya pun bersetuju untuk membantu dia setakat yang saya mampu dan tahu.. dan dia ingin berjumpa dgn saya pada 30/5/2012..  dalam diam saya berasa segan.. kenapa saya tidak ada semangat seperti dia, ingin berdakwah… Ya Allah, semoga perkenalan kami ini Engkau berkati dan niat sucinya Engkau redhai.. Ameen..
 ……..

Itulah kisah yang saya nak kongsikan, maaf jika ayat saya terlalu skema.. (^__^).. sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk dia mungkin dgn usaha dia Islam dapat berkembang.. Ameen…



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

3 comments:

Umi Syida said...

tahniah. pengaruh dakwah yg bksan wpun dalam maya. biarpun tnpa mengenal indvdu scra real. tp dgn garapn yg dbuat, dgn niat yg ikhlas mau myebrkn dkwah, mrk dpt ikut dn trima nur Allah, ingat, Allah penolng kta, walau kecnghan ciptaan manusia.
bleh ustz tau, knapj tnguhkn pgajian?

Umi Syida said...

ustzh shaidah

Unknown said...

saya kenal kisah ni...

dan namanya juga saya yang beri

 
Copyright © . All Right Reserved by Adie Shahrul